Protokol terkini pengujian Covid-19 atas pengembara warganegara dan bukan warganegara yang tiba di Malaysia

  • May 1, 2022
  • 2 min read
Protokol terkini pengujian Covid-19 atas pengembara warganegara dan bukan warganegara yang tiba di Malaysia

1 Mei 2022 – KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA – Susulan pengumuman semakan semula keperluan pengujian
pengesanan COVID-19 sebelum berlepas ke Malaysia dan selepas
tiba di Malaysia pada 27 April lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) ingin memaklumkan protokol terkini ujian pengesan COVID-19
bagi pengembara warganegara dan bukan warganegara yang baru
tiba di Malaysia.
• Adalah dimaklumkan, protokol terkini keperluan pengujian
pengesanan COVID-19 sebelum berlepas ke Malaysia dan pengujian
COVID-19 semasa ketibaan DIGUGURKAN bermula 1 Mei 2022
bagi kumpulan pengembara berikut:
o Pengembara berusia 18 tahun dan ke atas yang telah lengkap
vaksinasi;
o Pengembara berusia 17 tahun dan ke bawah tanpa mengira
status vaksinasi; dan
o Pengembara yang mempunyai sejarah jangkitan COVID-19
dalam tempoh 6 ke 60 hari dari tarikh sembuh sebelum
berlepas ke Malaysia tanpa mengira status vaksinasi; dan
o Kumpulan pengembara ini juga tidak perlu menjalani kuarantin.

• Namun, bagi pengembara berusia 18 tahun dan ke atas dengan status
vaksinasi tidak lengkap atau belum menerima vaksinasi,
pengembara tersebut PERLU:
o Melakukan ujian pra-pelepasan dua (2) hari sebelum berlepas
ke Malaysia (RT-PCR atau RTK-Ag Professional);
o Menjalani ujian pengesanan COVID-19 dalam tempoh 24 jam
selepas ketibaan menggunakan RTK antigen dengan penyeliaan
pengamal perubatan swasta yang berdaftar dengan Majlis
Perubatan Malaysia (MMC) sama ada secara fizikal atau virtual;
o Sekiranya keputusan pengujian COVID-19 adalah NEGATIF
pengembara perlu menjalani kuarantin wajib selama lima (5) hari di
tempat penginapan termasuk rumah;
o Dikehendaki menjalani RT-PCR pada hari keempat atau RTK
antigen dengan penyeliaan pengamal perubatan swasta yang
berdaftar dengan MMC sama ada secara fizikal atau virtual pada
hari kelima; dan
o Pelepasan kuarantin pada hari ke-5 boleh diberikan jika keputusan
ujian RT-PCR hari keempat atau RTK-Antigen hari kelima adalah
NEGATIF.
• Sekiranya keputusan pengujian COVID-19 adalah POSITIF pada
mana-mana situasi, pengembara akan diuruskan mengikut
pengurusan kes positif sedia ada.
• Mana-mana pengembara yang dikesan bergejala semasa berada
di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Negara akan diarahkan
menjalani ujian saringan COVID-19 menggunakan RTK antigen
dengan penyeliaan pengamal perubatan sama ada secara fizikal atau
virtual.

• Semua pengembara masih perlu mengemukakan Traveller’s Card
yang dipaparkan di dalam aplikasi MySejahtera semasa ketibaan di
Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *