Sinergi “Book to Screen” yang kini menjadi trend dalam industri kandungan kreatif
Pelancaran Supertelefilem “Bangkitkan Aku Kembali” yang dihadiri oleh Timbalan Menteri KKOM , beliau menyatakan dengan yakin bakal membuka lebih banyak ruang penghasilan karya yang diadaptasi daripada novel.
Menurutnya lagi sinergi “Book to Screen” yang kini menjadi trend dalam industri kandungan kreatif perlu terus diperhebat.
Kerjasama antara penulis novel dan penerbit pasti dapat melahirkan lebih ramai pengarah yang inovatif dalam melahirkan sesebuah karya yang bermutu tinggi.
K-KOMM menerusi FINAS akan terus memperkasakan pembangunan industri kandungan kreatif di Malaysia dan memacu kejayaan kita di pentas Oscar.