“Saya harap mahkamah benar saya lantik peguam” – Jamal Md Yunos

  • June 9, 2022
  • 1 min read
“Saya harap mahkamah benar saya lantik peguam” – Jamal Md Yunos

KUALA LUMPUR: Mahkamah menetapkan 26 Julai ini bagi keputusan saman fitnah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim terhadap Datuk Seri Jamal Md. Yunos atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap beliau berkaitan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas), lima tahun lalu.

FACEBOOK https://www.facebook.com/utvmediamalaysia/videos/1020156638869164/?sfnsn=mo

Pada prosiding , pihak plaintif mengemukakan keterangan dua saksi termasuk Teresa dan wartawan Malaysiakini, Annabelle Lee, Jamal Ketua UMNO Sungai Besar tidak mengemukakan saksi defendan mahupun menyoal balas

Jamal tidak diwakili peguam berkali-kali memohon penangguhan atas alasan beliau memerlukan masa untuk melantik peguam baharu mewakilinya.

Beliau mempunyai hak untuk mendapat khidmat peguam yang bagus selepas pembelaannya ditolak.

“Saya harap mahkamah benar saya lantik peguam, saya tidak faham prosedur jadi tidak wajar saya jawab soalan mahkamah, saya bukan peguam,” jelasnya.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Kehakiman Mohd. Arief tidak membenarkan penangguhan atas alasan kes itu sudah mengambil masa lima tahun sejak saman difailkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *