Slot drama TV9 bersiaran selama dua jam bermula 19 Mei 2022
Petaling Jaya, 18 Mei 2022 – TV9 menggandakan keseronokan menonton drama apabila peminat drama bakal menikmati dua drama bersiri baharu yang bersiaran selama dua jam menerusi Ada Apa DenganSaka lakonan Syazwan Zulkifly dan Shiha Zikir di slot Diandra pada setiap hari Khamis, pukul 8.30 malamdan Air Mata Allisya gandingan hebat Keith Foo dan Sophia Albarakbah pada setiap hari Jumaat, pukul8.30 malam.Ada Apa Dengan Saka terbitan Saphire Screen Sdn Bhd merupakan drama bersiri 20 episod yangdiarahkan oleh Nazir Jamaluddin dengan nukilan skrip oleh Farhana Fauri dan MF Kencana. Iamengisahkan Aina (Shiha Zikir) dan Madi (Syazwan Zulkifly) yang jatuh cinta pandang pertama apabilaMadi mengetahui kebolehan luar biasa Aina.Aina terpaksa membawa diri ke bandar apabila orang kampung tidak dapat menerima kebolehan luar biasabeliau yang boleh melihat benda ghaib. Aina bertemu dengan Madi di bandar dan mereka jatuh cinta. Madi bertekad untuk membantu Aina pulih dari masalah yang Aina hadapi.
Pada masa yang sama, Aina membantu merungkai masalah yang dihadapi oleh Madi dan keluarganya yang sering diganggu makhluk ghaib. Drama bersiri 15 episod Air Mata Allisya yang diadaptasi daripada novel Air Mata Allisya karya Ain Zanowi bakal menemui penonton TV9 pada setiap hari Jumaat, pukul 8.30 malam dan bersiaran selama dua jam. Diterbitkan oleh Country Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan nukilan skrip olehHaida Mazni Mohammad, Air Mata Allisya mengisahkan Allisya (Sophia Albarakbah) yang hidup berdikari selepas abangnya terbunuh dalam sebuah kemalangan yang tragis.Allisya kemudiannya bertemu dengan Arief (Keith Foo) dan mereka berdua jatuh cinta. Walaupun ibu Arieftidak merestui hubungan mereka, mereka telah berkahwin. Datin Sarimah (Anne Abdullah) mula mendera Allisya secara fizikal dan mental manakala Dato’ Mustapha (Tony Eusoff) pula melayannya seperti anak perempuannya. Apabila Dato’ Mustapha berterus-terang dengan Allisya bahawa Arief ialah penyebab kepada kemalangan tragis abangnya, Allisya telah melarikan diri dari Arief kerana rasa dikhianati.
Oleh itu, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton kedua-dua drama tersebut yang bersiaranselama dua jam bermula 19 Mei 2022 iaitu Ada Apa Dengan Saka menerusi slot Diandra, setiap hariKhamis, pukul 8.30 malam dan Air Mata Allisya pada setiap Jumaat, pukul 8.30 malam.Untuk keterangan lanjut mengenai rancangan-rancangan menarik TV9, layari Facebook rasmi (@TV9Dihatiku), Instagram (@TV9Malaysia), saluran YouTube (@TV9Malaysia Official), atau tonton menerusimyFreeview CH109, Astro CH149, unifi CH109, tonton LIVE TV dan XTRA Live TV.