Talasemia boleh dicegah, dikawal dan dirawat dengan baik.
Pengetahuan tentang talasemia perlu di tingkatkan kerana kita tidak tahu bila ianya akan berlaku terhadap diri dan mereka yang rapat. Apabila ianya berlaku pasti keadaan mula tidak terkawal. Ayuh, ukirkan senyuman.Ubah persepsi diri, bukalah hati untuk mengenali mereka dengan lebih dekat.
• Talasemia boleh dicegah, dikawal dan dirawat dengan baik. Kesedaran adalah langkah pertama kepada sebarang jenis perubahan yang bermakna.
• Dengan meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan pendidikan tentang Talasemia kita boleh membantu mereka menangani cabaran yang ketara.
• Jom kongsi maklumat ini kepada semua agar pengetahuan dalam penjagaan kesihatan dan sosial dapat dipertingkatkan bagi mereka yang menghidap penyakit ini.
🌟 Tindakan anda pada hari ini, dapat mengubah masa depan semua.
PEKA . KONGSI . PRIHATIN
Bekerjasama dengan komuniti global sebagai SATU untuk meningkatkan pengetahuan Thalassaemia