Wujud kempen saringan darah palsu

  • May 9, 2022
  • 1 min read
Wujud kempen saringan darah palsu

PUTRAJAYA: Satu kertas siasatan akan dibuka segera oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan dakwaan wujud kempen saringan darah palsu yg bermotifkan produk kesihatan tambahan ianya menyasarkan golongan warga emas.

Menurut Khairy Jamaluddin pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan dalang terbabit.
“kempen dikenal pasti palsu, akan di siasat segera dan kenakan tindakan sewajarnya. Tindakan undang-undang adalah di bawah bidang kuasa PDRM.

“Kita tidak mahu rakyat terutama golongan warga emas jadi mangsa dan terpedaya dengan kempen seumpama ini,” beliau kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022 di Seri Perdana hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan khas sebuah akhbar tempatan tentang kegiatan ejen jualan langsung yang menganjurkan kempen saringan darah di Lembah Klang bagi memperdaya golongan warga emas untuk membeli produk makanan kesihatan tambahan keluaran syarikat terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *