Tanggungjawab Kerajaan, Pemilik perniagaan dan individu untuk pastikan operasi premis perniagaan berjalan lancar dan selamat.

  • April 29, 2022
  • 2 min read
Tanggungjawab  Kerajaan, Pemilik perniagaan dan individu untuk pastikan operasi premis perniagaan berjalan lancar dan selamat.

Seperti yang diumumkan pada 27 April lalu, bermula 1 Mei 2022 semua
individu dibenarkan memasuki ke mana-mana premis tanpa mengira
status vaksinasi KECUALI mereka yang disahkan positif jangkitan
COVID-19 dan individu yang diberikan arahan Perintah Pengawasan dan
Pemantauan (HSO).
Selain itu bermula 1 Mei 2022 juga, imbasan kod QR MySejahtera tidak
lagi diwajibkan apabila memasuki premis atau tempat-tempat awam. Para
pengunjung bagaimanapun disarankan untuk mengaktifkan fungsi MySJ
Trace untuk tujuan pengesanan kontak dan juga aktiviti survelan COVID-
19 terutamanya di tempat orang ramai yang sesak.
Bagi memastikan operasi premis-premis perniagaan berjalan dengan
lancar dan selamat, adalah amat penting untuk individu dengan status
“High Risk” pada aplikasi MySejahtera iaitu kes positif COVID-19 dan
individu yang diberi arahan HSO, tidak dibenarkan masuk ke premis.
Ini bertujuan bagi mencegah berlakunya penularan jangkitan COVID-19
kepada individu yang lain di dalam premis tersebut.

Satu sesi libat urus bersama persatuan-persatuan perniagaan dan juga
peruncit telah diadakan secara maya pada hari ini bagi membincangkan
pelaksanaan protokol baharu ini. Sesi libat urus tersebut bersetuju
bahawa tanggungjawab untuk memastikan ekosistem perniagaan
selamat daripada penularan jangkitan COVID-19 tidak hanya terletak
pada kerajaan dan pemilik perniagaan, tetapi juga individu yang
mengunjungi premis tersebut.
Selari dengan pemerkasaan tanggungjawab individu dan juga solidariti
komuniti dalam memastikan Fasa Peralihan ke Endemik berjalan lancar
dan selamat, individu yang ingin mengunjungi premis-premis perniagaan
seperti pusat membeli-belah, kedai makan dan kedai runcit
bertanggungjawab memastikan mereka bukanlah kes positif COVID-19
dan bukan dalam perintah pengawasan dan pemantauan.
Seperti yang telah ditetapkan di dalam SOP Majlis Keselamatan Negara
(MKN), individu yang dikesan positif COVID-19 hendaklah menjalani
pengasingan mengikut tempoh yang ditetapkan samada di tempat
kediaman (kategori 1 dan 2), di PKRC atau di hospital (kategori 3,4 dan
5). Manakala individu yang diletakkan di bawah perintah HSO pula, perlu
dikuarantin di tempat kuarantin sehingga tamat tempoh kuarantin yang
ditetapkan.
Pemilik premis disarankan untuk menyemak status risiko
pengunjung, terutamanya di tempat berisiko tinggi seperti di restoran
di mana pelitup muka tidak boleh dipakai ketika sedang makan. Selain itu,
pihak majikan perlu pastikan mana-mana pekerja yang positif COVID-19
atau diberikan arahan HSO tidak memasuki premis kerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *