Timbalan Menteri Perpaduan Negara lancarkan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, umumkan himpunan ulang tahun Ke 10 besar-besaran Julai 2022
- Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin
Wan Ahmad Kamal telah merasmikan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri
di Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin di Bagan Serai, Perak hari ini yang
menghimpunkan lebih 1,000 peminat sukan bermotor di sekitar kawasan
Kerian serta penduduk tempatan. - Program Rumah Terbuka Santai Anak Utara ini adalah anjuran bersama SAU
dan Pejabat Timbalan Menteri Perpaduan Negara sebagai penaja, dengan
kerjasama Pertubuhan Peneraju Aspirasi Sahabat Rekreasi Perak
(SAHABAT).
- Majlis ini juga meraikan warga Bagan Serai di perantauan yang kini berada di
kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidilfitri. Sambutan
lebaran yang pertama dalam masa (3) tiga tahun sejak pandemik Covid-19
beralih ke fasa berakhir mendapat sambutan yang memberangsangkan. - Bagi memeriahkan lagi suasana, beberapa siri cabutan bertuah juga telah
diadakan yang menawarkan:
4.1. Sebuah motosikal berjenama Ottimo Viz 110 tajaan pihak Ottimo
Malaysia
4.2. Minyak pelincir
4.3. Topi keledar
4.4. Duit raya kepada beberapa pengunjung bertuah
- Semangat perpaduan dan muhibah di kalangan warga Bagan Serai yang berbilang kaum dan agama juga dapat diperkukuh, selaras dengan semangat Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.
- YB Senator memberikan maklum balas positif berkenaan kerjasama dengan SAU. “Santai Anak Utara adalah satu wadah yang dapat mendidik dan menghimpunkan anak muda daripada pelbagai latar belakang yang membawa semangat perpaduan dan kesukarelawanan yang boleh kita jadikan contoh kepada negeri-negeri lain.
- “Saya percaya kita boleh bawa lebih banyak agenda untuk anak muda di daerah Kerian khususnya Bagan Serai supaya anak muda boleh jadi pemimpin yang maju dalam pelbagai perkara khususnya pekerjaan dan pendidikan. Ini adalah tumpuan utama yang kita boleh jayakan bersama, bermula hari ini.”
- Di samping itu, YB Senator turut berharap agar semangat kekeluargaan dan kekitaan ini dapat dikongsi bersama dan dihayati oleh segenap lapisan masyarakat. “Walaupun terpaksa menongkah arus, meredah kesesakan jalan raya dari utara dan selatan, InsyaAllah dengan niat ziarah menziarahi untuk merapatkan silaturrahim, ada keberkatannya di situ,” ujarnya lagi.
PENGUMUMAN PROGRAM SAU ANNIVERSARY 10.0
- Pada majlis itu juga, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal mengumumkan bahawa pihak SAU akan menganjurkan perhimpunan tahunan besar-besaran iaitu SAU Anniversary 10.0 mereka pada hujung bulan Julai 2022 nanti. Ini bagi memanfaatkan pembukaan kembali ekonomi di bawah fasa endemik Covid-19.
- Menuju ke kemuncak itu, pihak SAU kini sedang mengadakan beberapa siri program, bermula dengan rumah terbuka hari raya yang berlangsung hari ini dan ‘S 3Dantai Raya’ di Kedah pada 21 Mei 2022 nanti.
- Sejak penubuhannya juga, pihak SAU telah menganjurkan tujuh (7) perhimpunan mega melibatkan peminat sukan bermotor di beberapa lokasi, dan dua perhimpunan maya sepanjang pandemik pada tahun 2020 dan 2021. Setiap perhimpunan melibatkan puluhan ribu peserta, yang mana perhimpunan SAU 6.0 (pada tahun 2018) telah menarik lebih 60,000 pengunjung.
11.1. SAU 1.0 – 28 September 2013 di Kedah
11.2. SAU 2.0 – 06 Disember 2014 di Pulau Pinang
11.3. SAU 3.0 – 10 Oktober 2015 di Pulau Pinang
11.4. SAU 4.0 – 01 Oktober 2016 di Pulau Pinang
11.5. SAU 5.0 – 07 Oktober 2017 Kedah
11.6. SAU 6.0 – 06 Oktober 2018 di Bukit Merah, Perak
11.7. SAU 7.0 – 09 November 2019 di Ipoh, Perak
11.8. SAU 8.0 – 2020 ditangguhkan
11.9. SAU 9.0 – 2021 ditangguhkan
11.10. SAU 10.0 – akan berlangsung pada hujung Julai 2022
- Kali ini, hadiah-hadiah utama yang bakal dimenangi ialah:
(i) Hadiah Utama / Grand Prize sebuah motosikal Kawasaki Z8
(ii) Sebuah motosikal Yamaha Y15ZR
(iii) 3 buah motosikal Yamaha RXZ
(iv) 40 biji motosikal pelbagai jenama
- “Ini bukan saya peluang untuk bersuka ria, tapi juga untuk mendidik khususnya peminat sukan permotoran, terutamanya keselamatan, perpaduan dan nilai-nilai murni lain. SAU ada jenama yang kuat di kalangan peminat sukan bermotor. Kita perlu gunakan platform SAU untuk mendekati golongan ini, mendidik mereka sebagai pemandu berhemah dan rakyat yang berintegriti dalam segala hal,” ujar YB Senator Wan Ahmad Fayhsal apabila mengulas tentang pembangunan belia melalui program-program SAU.