Veteren ATM tidak wajar di perlekehkan.
25 MEI 2022 – Memetik laporan dari satu portal berita dalam talian bertarikh 24 Mei 2022, dan juga perkongsian klip video dari laman twitter yang memaparkan veteran angkatan tentera, berdiri dalam keadaan panas sambil mendengar ucapan dalam satu acara.
Perkara ini amatlah dikesali memikirkan keadaan ramai daripada veteran tentera ini dari golongan warga emas, selain daripada keadaan cuaca semasa yang sedia maklum luar biasa panas.
Perkara ini juga dilihat tidak wajar, memandangkan acara yang diadakan adalah terkait dengan sambutan penubuhan PVATM yang pasti, antara tujuannya adalah untuk meraikan veteran yang bernaung di bawahnya. PEJUANG Muda Malaysia berpendapat, pihak penganjur acara haruslah bertindak lebih proaktif dengan memikirkan keadaan cuaca semasa, kesesuaian tempat selain pertimbangan atas peserta yang menyertai acara.
Melalui PEJUANG Muda Malaysia berpendapat, dengan jasa dan bakti yang tidak ternilai kepada negara, veteran ini tidak patut sama sekali diperlakukan sebegitu rupa, malahan sepatutnya mereka diraikan dalam keadaan yang tidak membebankan, apatah lagi di ‘jemur’ di tengah panas seperti itu, sementara peserta acara yang yang berjawatan, termasuk pegawai tinggi dan menteri diberikan kerusi yang empuk di bawah khemah berkipas.
Adalah lebih baik sekiranya acara sambutan ini diadakan di dalam tempat tertutup seperti stadium, jika tidakpun di tempat yang sama, tetapi ditukar masanya ke waktu petang atau malam bagi mengelakkan daripada insiden veteran di’jemur’ ini. Atas insiden ini, PEJUANG Muda Malaysia berpendapat, pihak yang terlibat dalam penganjuran acara ini harus bertanggungjawab dan memohon maaf kepada semua veteran tentera yang di’jemur’ ini, dan memastikan agar insiden ini tidak berulang.
PEJUANG Muda Malaysia juga menyeru pihak yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kebajikan veteran Angkatan tentera Malaysia, agar sentiasa memastikan kebajikan mereka sentiasa terpelihara, terutama dalam soal kesihatan yang masih lagi boleh diperbaiki. Masih ramai veteran yang terpaksa menunggu lama sama ada untuk mendapatkan rawatan kritikal/separa kritikal mahupun menunggu kelulusan tanggungan kos perubatan yang diperlukanDipl.-Ing (FH)
Mohd Akmal M YusoffExco Pekerjaan & Modal InsanPEJUANG Muda MalaysiaParti Pejuang TanahAir25 MEI 2022