(VIDEO) Mee Sotong Penang terbaik!
UTVMedia sering ke Penang kerana disana terdapat banyak lokasi pelancungan , Namun kali ini kita akan singgah menjamu selera di Kedai makan Mee Sotong Hameed Pata, terletak di Kota Selera Padang Kota iaitu memang lokasi yang mudah untuk dicari. Gerai Mee Sotong ni mula beroperasi pada jam 12 tengahari sehingga jam 8 malam setiap hari kecuali hari Ahad.
Jangan terkejut kalau jam 11.30 pagi sudah ada orang beratur tunggu gerai dibuka. Di sini terdapat 2 pilihan yang boleh dipesan iaitu Mee Rebus Sotong atau Mee Goreng Sotong.