📢 PENDUDUK BUKIT DAMANSARA BANGKIT: DAKWA PEMBANGUNAN TERLALU PADAT & RUMAH PERUMAHAN DIKAITKAN DENGAN PERMOHONAN LESEN ARAK

  • November 15, 2025
  • 3 min read
📢 PENDUDUK BUKIT DAMANSARA BANGKIT: DAKWA PEMBANGUNAN TERLALU PADAT & RUMAH PERUMAHAN DIKAITKAN DENGAN PERMOHONAN LESEN ARAK

KUALA LUMPUR – Suara penduduk Bukit Damansara kembali memanas selepas beberapa perkembangan baharu mencetuskan kebimbangan serius mengenai masa depan kawasan eksklusif itu, termasuk dakwaan pertukaran status sebuah rumah perumahan kepada premis komersial serta permohonan lesen minuman keras tanpa pengetahuan komuniti setempat.

“Kami bukan anti pembangunan, tapi apa yang dicadang ini melampau.”

Menurut Khairi Jamaludin , komuniti Bukit Damansara tidak pernah menolak pembangunan secara membuta tuli.

“Kita memang tak pernah bantah pembangunan. Banyak saja projek yang dah dibuat sebelum ini. Tapi untuk Pavilion dulu pun kita pernah bangkang sebab infrastruktur di sini tak mampu tampung,” katanya sewaktu selesai sesi perjumpaan bersama wakil DBKL dan penduduk.

Beliau menjelaskan, setiap projek mega membawa kesan besar kepada trafik, dan Jalan Semantan — nadi penghubung antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya — sudah pun berada di tahap kritikal.

Jalan Semantan: “Sekarang pun dah sesak, tambah pembangunan 9.6 plot ratio? Hancur.”

Mereka memberi amaran bahawa cadangan pembangunan di atas plot Ismail Damansara dengan plot ratio 1:9.6 dijangka menjadikan aliran trafik lebih parah dan “tidak lagi boleh digunakan dengan selesa”.

“Kita dah tunjuk dalam video macam mana jalan itu sesak. Kalau tambah pembangunan sebesar 80% keluasan KLCC… memang tak masuk akal.”

Khairi juga menolak hujah pihak tertentu yang mendakwa MRT Semantan mampu menyerap beban trafik.

“MRT pun dah sesak. Dua minggu lepas bila ada gangguan, ratusan orang sangkut. Dengan projek baru ini, lagi tak sustainable.”

📌 ISU TERBESAR: RUMAH PERUMAHAN DIDAKWA DITUKAR STATUS, MOHON LESEN MINUMAN KERAS

Kemuncak kemarahan penduduk tercetus minggu lalu apabila sebuah rumah di Jalan Setia Kasih 6 yang sedang diubah suai didapati memaparkan notis permohonan lesen minuman keras — disertakan oleh Dewan Bandaraya.

Lebih mencurigakan, notis tersebut ditampal di dalam kawasan rumah, bukan di tempat yang mudah dilihat umum.

Seorang penduduk yang bekerja sebagai doktor perubatan “Kami sangat terkejut. Ini rumah perumahan, tiba-tiba ada notis lesen arak. Macam mana boleh berlaku? Adakah status rumah telah ditukar kepada komersial tanpa pengetahuan kami?”

Rumah tersebut sebelum ini dikatakan pernah disewa oleh pelbagai pihak dan digunakan untuk Airbnb, pesta hari jadi dan pelbagai acara, menimbulkan ketidakselesaan kepada lebih 30 keluarga di kawasan cul-de-sac berkenaan.

Penduduk menganggap perkembangan terbaru sebagai petanda bahawa rumah itu “berkemungkinan besar akan dijadikan bangunan komersial sepenuhnya”.

đź“„ 34 Rumah Tandatangan Bantahan

Sejurus notis itu ditemui, penduduk bertindak pantas. Sebanyak 34 rumah telah menandatangani bantahan rasmi yang diserahkan kepada:

Pengerusi Lembaga Eksais & Penjaja

YB Hanah Yeoh Presiden Persatuan Penduduk memaklumkan
sehingga kini mereka mendakwa belum menerima apa-apa maklum balas.

“Bukit Damansara nak jadi Bangsar? Atau KL dalam KL?”

Penduduk meluahkan kebimbangan bahawa tindakan membenarkan kegiatan komersial dalam kawasan perumahan akan membuka pintu kepada transformasi yang tidak diingini.

“Kenapa perlu buat komersial di kawasan rumah? Banyak lagi ruang komersial di Plaza Damansara dan sekitarnya. Kami tak mahu Bukit Damansara jadi macam Bangsar — kawasan kediaman berubah jadi pusat hiburan.”

“Kalau dibiarkan, Bukit Damansara akan jadi Kuala Lumpur dalam Kuala Lumpur.”

📢 Tuntutan Penduduk

1. Penjelasan segera daripada DBKL mengenai status sebenar rumah tersebut.

2. Penangguhan serta merta permohonan lesen minuman keras.

3. Ketelusan penuh dalam setiap pembangunan baharu di kawasan Bukit Damansara.

4. Jaminan bahawa kawasan perumahan kekal sebagai kawasan kediaman, bukan komersial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *