MALF 2025 Tarik Lebih 20,000 Pengunjung, Cipta Rekod Malaysia bagi “Perhimpunan Kereta Sukan dan Klasik Terbesar di Litar Antarabangsa Sepang”

SEPANG, 18 Jun – Festival Malaysia Auto & Lifestyle Festival 2025 (MALF 2025) yang
julung kali diadakan menutup tirainya dengan kejayaan cemerlang, menarik lebih 20,000
peminat automotif tempatan dan antarabangsa serta mempamerkan kira-kira 1,800 buah kenderaan daripada pelbagai jenama.
Festival ini mencipta sejarah dengan secara rasmi mencatat rekod baharu dalam Malaysia
Book of Records bagi “Perhimpunan Kereta Sukan dan Klasik Terbesar di Litar
Antarabangsa Sepang”, dengan jumlah keseluruhan 1,000 buah kereta.
Majlis penganugerahan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang dan dirasmikan oleh
Penganjur MALF, Jon Tan dan Penyelaras, Dato’ Alex, yang bersama-sama menerima sijil
daripada Encik Edwin Yeoh, Pengurus Operasi, Malaysia Book of Records.

Dalam ucapannya, Jon Tan menyatakan penghargaan kepada semua yang terlibat dan
menegaskan bahawa pencapaian ini adalah hasil dedikasi pasukan dan sokongan kuat dari pelbagai pihak. Beliau menekankan bahawa MALF 2025 bukan sekadar sambutan komuniti automotif, tetapi turut menjadi pentas pelbagai budaya untuk mempromosikan keunikan Malaysia
kepada dunia.

Jon Tan menambah bahawa festival ini turut menampilkan persembahan tarian budaya,
gerai makanan pelbagai etnik dan pameran kereta peminat—menunjukkan kepelbagaian
dan tenaga Malaysia.
“Dengan perancangan untuk membawa acara ini ke peringkat antarabangsa, penganjur
berharap untuk menjadikan MALF sebagai acara utama sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, sekali gus menarik lebih ramai pelancong antarabangsa.”

YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni
dan Budaya (MOTAC), berkata bahawa festival ini turut menarik pengunjung antarabangsa dari Singapura, Indonesia dan Thailand, sekali gus mengukuhkan hubungan serantau dan mempromosikan budaya Malaysia.
“Penganjuran MALF 2025 bukan sahaja meraikan keunggulan dunia permotoran tetapi juga merupakan satu inisiatif promosi penting menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026
(VM2026). Ia selari dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk memperkasa sektor
pelancongan negara.”

Antara segmen utama festival ialah “Legends Of Speed” yang menampilkan juara dan tokoh
perlumbaan negara:
● Fairuz Fauzy (bekas pemandu Formula 1 & A1 GP) menyeru agar litar rasmi
digunakan demi keselamatan: “Jalan raya bukan litar lumba.”
● Zen Low, pelumba GT dan LMP, berkongsi tentang cabaran tajaan serta potensi
media sosial seperti TikTok dan Instagram.
● Tengku Djan, “Putera Drift” Malaysia, menekankan disiplin dan dedikasi dalam
sukan permotoran.
● Karamjit Singh, “Sikh Terbang”, berkongsi pengalamannya berlumba di peringkat
dunia.
● Alex Wong, juara jet ski paling berjaya Malaysia, bercerita tentang pengurusan
pasukan dan cabaran tajaan.
● Sonny Soh, dua kali Juara Grand Prix Motosikal Malaysia, mengimbau kejayaan
dari era 70-an.
● Akash Nandy, juara termuda LMP2 Asian Le Mans, menerangkan betapa
kompetitifnya dunia perlumbaan hari ini.
Acara ini turut dihadiri tetamu kehormat seperti YM Dato Tunku Hassan Ibni Tunku
Mohamed Archibald, YBhg. Dato Md Zuki Abd Halim (KDN),Dato’ Shaharuddin bin Abu
Sohot (MOTAC), YBhg. Dato Vincent Lim (Prihatin Malaysia),Tuan Haison Jahudin (KPM),
Tuan Azrin bin Borhan (JPJ Selangor),Tuan Muzlefa bin Kamarudin (JPJ Selangor),ACP
Tuan Azman Shariat (OCPD KLIA), ACP Tuan Norhizam bin Bahaman (OCPD Sepang) dan
Supt. Tuan Abdul Malik bin Hasim (OCPD Nilai).




MALF 2025 menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti Legends of Speed,Auto ICONS Exhibition, MALF Mega Gathering, Malaysia Bike Festival,Concours of Elegance,JDM Salon Display,Track Day Fest,Sim Racing dan Drift Taxi.
Pengunjung turut disajikan aksi lumba di litar oleh pelumba profesional dan peminat,
termasuk demonstrasi drift secara langsung oleh legenda-legenda permotoran.
Mega Gathering memperlihatkan kereta dari yang klasik, modifikasi tersendiri hinggalah
kereta eksotik.
Festival ini turut meraikan budaya Malaysia dengan persembahan seperti Gendang
Muhibbah, Tarian Tradisional Sabah & Sarawak, dan Joget, disertai sajian pelbagai jenis makanan tempatan.
MALF 2025 mendapat sokongan hebat daripada komuniti automotif dan gaya hidup
termasuk BMW Club Malaysia, Lamborghini Owners Malaysia, McLaren Owner’s
Community, Mustang Club Malaysia, Porsche Club Malaysia, Route 77 Harley-Davidson
Kuala Lumpur, dan banyak lagi.
Ketika tirai dilabuhkan, jelas bahawa MALF 2025 bukan sekadar pertunjukan kereta – tetapi satu pergerakan automotif.
Dengan kehadiran pengunjung yang memberangsangkan, pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan deruman enjin yang masih bergema di Sepang, MALF telah menempatkan dirinya sebagai acara wajib hadir dalam kalendar festival Malaysia.
Penganjur percaya bahawa budaya Malaysia yang kaya dan bakat permotoran tempatan
setaraf dengan standard antarabangsa—dan wajar diketengahkan ke pentas dunia.
Dengan semangat ini, MALF berhasrat untuk berkembang ke tahap lebih tinggi dan diiktiraf
sebagai jenama IP Malaysia yang membanggakan di peringkat global.
MALF bakal kembali dengan lebih besar dan hebat pada tahun 2026.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.malf.my





