600 Anak Tadika Meriahkan Program Berselawat, Selangor Sasar Jadi Acara Tahunan

  • October 2, 2025
  • 2 min read
600 Anak Tadika Meriahkan Program Berselawat, Selangor Sasar Jadi Acara Tahunan

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Seramai hampir 600 kanak-kanak daripada 35 tadika sekitar Lembah Klang menyertai Program Anak Tadika Berselawat (ATB) anjuran Persatuan Tadika Islam Wilayah dan Selangor (PETIWIS), yang julung kali diadakan hari ini.

Program rintis ini bertujuan menyemai kecintaan kepada Rasulullah SAW sejak usia kecil melalui penghayatan sirah Nabi, di samping membentuk generasi muda yang berakhlak mulia. Lebih 800 guru dan murid turut sama hadir menjadikan sambutan kali ini sangat menggalakkan.

Pengerusi PETIWIS Puan Hjh Siti Ruzita Binti Rami berkata, kejayaan penganjuran ATB memberi isyarat positif untuk dikembangkan pada masa akan datang. “Alhamdulillah, ini satu permulaan yang baik. Kami berharap program ini dapat diperluas lagi di seluruh Selangor sebagai agenda tahunan negeri,” katanya.

Sebahagian Ajk PETIWIS
Puan Hjh Siti Ruzita Binti Rami

Selain memperbanyakkan selawat, program sebegini meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati kanak-kanak. Generasi inilah yang diharapkan mampu membentuk sebuah negara terbaik pada masa depan, insya-Allah,” ujarnya.

Antara pengisian program ialah persembahan selawat, hafazan Al-Quran dan hadis, perarakan selawat, pertandingan sepanduk kreatif serta aktiviti jejak sunnah.

Turut menjadi tumpuan ialah pemilihan hampir 50 kanak-kanak sebagai Tokoh Maulidur Rasul Cilik, yang diharapkan dapat menjadi contoh dan inspirasi kepada rakan-rakan sebaya.

Perarakan berkula sekitar masjid

Majlis disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Seri Masdiana binti Muhammad, Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), yang diwakili oleh YBhg Puan Noraini Binti Abu Bakar, Setiausaha Kehormat Pekawanis.

Program ini juga dilihat seiring dengan usaha Kerajaan Negeri Selangor yang menggalakkan penganjuran majlis berselawat sebagai sebahagian daripada agenda dakwah negeri. Justeru, ia diharapkan dapat diteruskan bukan hanya pada tahun ini, malah menjadi program berterusan yang memberi manfaat kepada seluruh masyarakat – daripada kanak-kanak hingga orang dewasa.

YBhg Puan Noraini Binti Abu Bakar
SU KEHORMAT PEKAWANIS
Isteri kepada Ahli Parlimen Shah Alam
YB Hj Azli Bin Yusof

Pn Hjh siti Ruzita binti ramli
Pengerusi
Persatuan tadika Islam wilayah selangor (PETIWIS)

Al Fadzil Ustaz Jefrri Fadzil
Pengarah program
Anak Tadika Berselawat 2025

AJK PETIWIS DAN ATB

PENAJA

MASJID NEGERI
IN-TEAM MARKETING

Johan Sepanduk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *