Program Kesenian anjuran Persatuan Prihatin Masyarakat India Malaysia Cungkil Bakat Pelajar, Lahirkan Penyanyi Muda Bertaraf Antarabangsa

KUALA LUMPUR – Malaysian Star Singer siri ke 6 Merupakan Program pencungkil bakat kesenian yang dianjurkan oleh Persatuan Prihatin Masyarakat India Malaysia di bawah kepimpinan Presidennya, Tuan AK Kumar Amase, terus membuktikan keberkesanannya dalam melahirkan bakat muda berpotensi dalam bidang nyanyian sejak lima tahun lalu.

Pada peringkat awal, program ini memberi tumpuan kepada murid sekolah rendah, namun tahun ini penganjuran diperluaskan kepada sekolah menengah, sekali gus membuka lebih banyak ruang kepada pelajar remaja untuk mengetengahkan bakat seni suara mereka secara tersusun dan profesional jelas beliau dalam satu sidang media yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Menurutnya lagi acara program ini diwujudkan bagi menyediakan satu platform sebenar kepada pelajar berbakat yang sering berdepan kekangan peluang dan sokongan.

“Ramai pelajar sebenarnya mempunyai bakat menyanyi yang besar, tetapi tidak tahu ke mana perlu pergi dan bagaimana untuk berkembang. Program ini menjadi jambatan untuk membawa mereka ke tahap seterusnya,” katanya.

Keunikan pertandingan ini terletak pada formatnya yang mencabar, di mana setiap peserta diwajibkan menyanyikan dua buah lagu melalui dua pusingan berbeza. Pendekatan ini membolehkan juri menilai keupayaan vokal, disiplin latihan serta keyakinan peserta secara menyeluruh sebelum mereka dipilih ke peringkat kemasan.

Program ini melibatkan penyertaan dari seluruh negeri dan telah melahirkan ramai alumni yang berjaya mengorak langkah dalam industri muzik. Antara pencapaian membanggakan termasuk peserta yang berjaya menghasilkan album sendiri, menyertai sesi uji bakat di luar negara serta membina kerjaya sebagai penyanyi profesional.

Turut hadir Datuk Dr Ravee, beliau merasa bangga kerana ada peserta yang lahir tercungkil bakatnya dari anak tempatan Malaysia yang bermula melalui program seperti ini sebelum berjaya menembusi industri hiburan di India. Malah, ada yang diseleksi oleh stesen televisyen ternama seperti Zee TV, sekali gus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

“Ini membuktikan bahawa bakat anak-anak Malaysia tidak kurang hebatnya. Apa yang mereka perlukan hanyalah latihan yang betul, disiplin serta platform yang konsisten,” ujarnya.

Hadir memberi sokongan ialah Dato viknesvaran, katanya Acara seumpama ini bukanlah sekadar pertandingan nyanyian semata mata, malah pengurusan menekankan aspek pembangunan sahsiah dan gaya hidup sihat.

Katanya Seni nyanyian mampu menjadi hobi positif yang membentuk disiplin, keyakinan diri dan menjauhkan pelajar daripada aktiviti tidak berfaedah selepas waktu persekolahan. Selain kesenian, Persatuan Prihatin Masyarakat India Malaysia juga aktif melaksanakan program kebajikan dan motivasi, khususnya kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, bagi membantu mereka mengenal potensi diri dan merancang masa depan yang lebih baik. Walaupun tidak menjanjikan ganjaran kewangan besar, program ini menawarkan peluang yang bernilai tinggi kepada peserta yang benar-benar berminat. “Jika mereka serius dan berdisiplin, platform ini boleh menjadi titik permulaan kepada kerjaya seni yang lebih profesional.

Seharusnya Program seumpama ini patut dinilai hebat sebagai satu inisiatif yang berterusan dalam membina generasi muda yang berdaya saing serta mampu mengharumkan nama Malaysia melalui seni dan budaya – MR Alee UTV

🎤✨ MALAYSIAN STAR SINGER – SEASON 6 (2026) ✨🎤

An exciting platform to discover and showcase young singing talents across Malaysia!

Organised by:
Persatuan Prihatin Masyarakat India Malaysia
🎖️ President: Mr. AK Kumar Admasse
🏆 Competition Details
🎶 Category: Singing Competition

👧🧒 Age Groups:

  • SJK(T): 8 – 12 years
  • SMK: 13 – 18 years
    💰 Participation Fee: RM20
    📍 Audition / Preliminary Rounds Schedule

📌 Kedah – 27 February 2026
SJK(T) Kulim | ⏰ 9.00 AM

📌 Pulau Pinang – 28 February 2026
SJK(T) Ldg. Valdor | ⏰ 9.00 AM

📌 Perak – 01 March 2026
SJK(T) Kg Simee | ⏰ 9.00 AM

📌 Selangor – 04 April 2026
SJK(T) Ladang West Country Timur | ⏰ 9.00 AM

📌 Negeri Sembilan – 02 May 2026
SJK(T) Lorong Jawa | ⏰ 9.00 AM

📌 Melaka – 23 May 2026
SJK(T) Durian Tunggal | ⏰ 9.00 AM

📌 Johor Bahru – 13 June 2026
SJK(T) Yahya Awal | ⏰ 9.00 AM

🌟 Let your voice shine and be the next Malaysian Star Singer!
📞 For registration & enquiries:
📲 WhatsApp: 011-1889 8413

🎶 Don’t miss this golden opportunity to perform, compete, and grow on a prestigious stage!

MalaysianStarSingerSeason6

SingingCompetition2026

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *