Kuala Lumpur, 2026 – Jenama penjagaan kulit dari Korea Selatan, Dongkook Pharmaceutical, terus mengembangkan pasaran globalnya dengan memperkenalkan rangkaian produk berasaskan bahan aktif TECA ke Malaysia buat pertama kali.

Pelancaran ini menandakan kemasukan rasmi jenama Centellian24 ke pasaran tempatan, selepas mencatatkan kejayaan besar di peringkat antarabangsa dengan jualan mencecah 96 juta unit di seluruh dunia.

Madeca Cream Time Reverse & Madeca Cream Time Reverse Zero
Menurut Presiden, Lee Geun Young, bahan utama produk ini ialah TECA (Titrated Extract of Centella Asiatica), yang diekstrak daripada tumbuhan Centella asiatica dan terkenal dengan keupayaannya membantu penyembuhan kulit, terutama bagi kulit yang terdedah kepada sinaran matahari, iritasi atau kecederaan ringan. Beliau menjelaskan bahawa
“daripada setiap 100 kilogram Centella asiatica, hanya sekitar 2% boleh diekstrak menjadi TECA, sekali gus menjadikannya bahan yang sangat pekat, tulen dan berkesan berbanding ekstrak biasa” .

Syarikat ini telah ditubuhkan sejak tahun 1968 dan mempunyai pengalaman luas dalam penghasilan produk farmaseutikal.
Antara produk terkenal mereka termasuk Madecassol, yang menjadi asas kepada pembangunan rangkaian penjagaan kulit moden mereka hari ini.
Berasaskan kekuatan ini, Centellian24 diperkenalkan pada tahun 2015 selepas melalui tempoh penyelidikan dan pembangunan selama setahun, dan dalam tempoh lebih sedekad, produk ini telah mendapat sambutan baik di Korea Selatan sebelum berkembang ke pasaran antarabangsa termasuk Amerika Syarikat dan kini Malaysia.


Malaysia dipilih sebagai salah satu pasaran baharu kerana faktor cuaca tropika yang panas dan lembap sepanjang tahun, yang sering menyebabkan masalah kulit seperti kekeringan, keradangan serta kerosakan akibat sinaran UV.
Produk berasaskan TECA ini dipercayai dapat membantu mempercepatkan penyembuhan kulit, mengurangkan iritasi dan keradangan, memperbaiki tekstur kulit serta memberikan kesan anti-penuaan, menjadikannya sesuai untuk rutin penjagaan kulit harian dalam persekitaran tempatan.
Antara rangkaian produk utama yang diperkenalkan ialah Madeca Cream Time Reverse yang sesuai untuk kulit kering dengan tekstur lebih kaya dan melembapkan, serta Madeca Cream Time Reverse Zero yang merupakan versi lebih ringan, sesuai untuk kulit kombinasi atau berminyak khususnya golongan muda.
Produk ini boleh digunakan oleh pelbagai peringkat umur kerana fokus utamanya adalah penyembuhan kulit, walaupun ia sering disasarkan kepada pengguna berumur antara 20 hingga 45 tahun.


Pengguna disarankan untuk menggunakan krim ini selepas mencuci muka, biasanya satu hingga dua kali sehari. Berdasarkan pengalaman pengguna dalaman syarikat, kesan pada kulit boleh dilihat dalam tempoh penggunaan berterusan, bergantung kepada keadaan kulit individu.
Pendekatan formulasi produk ini juga memberi penekanan kepada kesihatan kulit jangka panjang, sekali gus mendorong kadar pembelian berulang dalam kalangan pengguna.
Dalam tempoh lima tahun pertama, syarikat memberi tumpuan kepada pasaran domestik Korea, namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mereka mula memperluaskan pasaran ke peringkat global dengan kejayaan ketara di Amerika Syarikat.

Malaysia kini menjadi antara negara terbaharu dalam strategi pengembangan ini, dengan kerjasama rakan tempatan untuk pengedaran produk.
Pelancaran ini menandakan satu lagi langkah penting dalam kemasukan produk penjagaan kulit berasaskan bahan semula jadi dari Korea ke pasaran Asia Tenggara, khususnya Malaysia yang mempunyai permintaan tinggi terhadap produk penjagaan kulit berkualiti.
Kejayaan utama jenama ini terletak pada teknologi TECA gred farmaseutikal yang sangat tulen, yang membantu dalam pemulihan kulit, merangsang kolagen dan menenangkan kerengsaan dengan lebih berkesan berbanding ekstrak biasa.
Produk “hero” mereka iaitu Madeca Cream turut mencatatkan jualan luar biasa di seluruh dunia dan dianggap sebagai “derma-care” kerana keberkesanannya dalam merawat masalah tekstur kulit, penuaan dan parut.
Tidak seperti jenama kecantikan biasa, Centellian24 menggunakan pendekatan “Skin Science Solution”, iaitu gabungan penyelidikan farmaseutikal ke dalam kosmetik dengan standard perubatan yang ketat, sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna terhadap keselamatan dan keberkesanan produk.
Selain itu, inovasi terkini seperti teknologi PDRN turut diperkenalkan melalui produk seperti Expert Madeca Cream Active Renew PDRN, selari dengan trend global penjagaan kulit bagi kesan awet muda yang lebih intensif.
Di Korea Selatan, produk Centellian24 diedarkan secara meluas melalui saluran farmasi serta peruncit kecantikan terkemuka seperti Olive Young, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama penjagaan kulit dermatologi yang dipercayai.
Kini di Malaysia, pengguna boleh mendapatkan produk ini di rangkaian peruncit kecantikan utama seperti Watsons, dengan sokongan pengedaran tempatan.
Produk ini menawarkan pelbagai manfaat termasuk melembapkan dan menguatkan skin barrier, menenangkan kulit serta mengurangkan kemerahan, memberikan kesan anti-penuaan, mempercepat penyembuhan luka serta membantu merawat masalah pori dan tekstur kulit, menjadikannya antara pilihan baharu yang relevan untuk pengguna tempatan.
JOM DAPATKAN SEKARANG PRODUK CENTELLIAN24 DI WATSONS ❗️❗️
✅ Melembapkan dan menguatkan skin barrier
✅ Menenangkan kulit dan mengurangkan kemerahan
✅ Anti-penuaan (anti-aging)
✅ Mempercepat penyembuhan luka
✅ Merawat masalah pori dan tekstur kulit





