Ancaman One World Religion membimbangkan umat
ISLAM ancaman One World Religion adalah amat membimbangkan khususnya dengan agenda pihak yang menyokong New World Order.Dalam negara ini, kita dapat melihat bagaimana mereka telah berjaya bertapak dengan beberapa bangunan dan mencipta kekecohan serta pepecahan di kalangan rakyat.Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu pihak berkuasa agama Islam negara ini menyatakan pendirian mereka berkenaan perkara ini.Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi mempersoalkan tindakan serta langkah yang diambil JAKIM, Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Menteri Hal Ehwal Agama dalam hal ini.”Adakah mereka terlalu taksub mengambil hati pemimpin negara sehingga kepentingan agama Islam di negara ini terabai,” tegasnya.Nadzim turut mempersoalkan adakah pihak berwajib menanti perkara buruk berlaku sebelum bertindak atau mereka juga telah terpengaruh dengan anasir – anasir luar ini.Antara agenda utama New World Order adalah One World Religion iaitu Kebersamaan Dalam Beragama. Ini terbukti dengan terbinanya “Abrahamic Family House” yang menempatkan rumah ibadat Yahudi, gereja dan masjid dalam satu komplek yang dibina di Abu Dhabi dan akan dibuka pada tahun ini. One World Goverment, seluruh negara di dunia akan ditadbir oleh satu pemerintah sahaja.
Tiada lagi negara, tiada lagi raja, tiada lagi presiden.One World Military, seluruh dunia akan dijaga oleh satu pasukan tentera sahaja dan One World Currency di mana tiada lagi mata wang bagi setiap negara. Hanya satu mata wang yang dikawal oleh mereka. “Apakah pihak berkuasa yang bertanggungjawab mempertahankan agama Islam di negara ini sudah leka akibat terlalu banyak termakan makanan syubah?” katanya.Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60136116666 (Adi). Terima Kasih.