Kemerosotan gandum berlaku di seluruh dunia

  • May 15, 2022
  • 1 min read
Kemerosotan gandum berlaku di seluruh dunia

Selepas Rusia dan Ukrain berperang dan masih belum berhenti sehingga hari ini, kemerosotan gandum berlaku di seluruh dunia.

24 jam lepas, India pula tarik brek dan hentikan eksport gandum ke luar negaranya. Siap sedia krisis gandum besar-besaran kali ini. Gandum tiada, tepung tiada. Produk berasaskan gandum (tepung) semua akan tiada stok.

Roti, biskut, pasta, mi, serta apa sahaja yang menggunakan tepung, akan berlaku tiada stok. Langsung tiada gais.

Krisis makanan gais. Tak main-main punya.

Apabila ada stok, stok yang ada akan sedikit. Apabila sedikit, harganya akan tinggi. Standby belaka kenaikan harga tepung dan yang seangkatan dengannya gais.

2-3 bulan lepas seguni boleh dapat RM69. Kini seguni dalam RM90. Lepas ini tak tahulah berapa.

Selepas tepung, minyak masak, minyak sayuran, minyak bunga matahari, butter, margerin, susu pekat manis semua akan kekurangan stok.

Siap sedia semua.

Sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2022/05/955391/india-larang-eksport-gandum-kuat-kuasa-serta-merta

P/s: Posting ini untuk usahawan yang ada kaitan dengan gandum ya.

Kita semua kena siap sedia.

Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah gais. Kita usaha!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *