Setelah hampir 6 bulan mendukung Kerajaan Perpaduan atas semangat untuk mengekalkan kestabilan politik, UMNO dilihat mula kembali memainkan peranan besar dalam pelbagai dasar dan program kerajaan. Porfolio penting seperti hal ehwal luar bandar, pertahanan, hubungan luar negara, pelaburan dan perdagangan, pendidikan tinggi dan undang-undang sudah menampakkan impak dan keberkesanan dari segi gerak kerja jemaah Menteri dan juga perlaksanaan program yang cuba menangani isu-isu kesejahteraan rakyat dan ekonomi.UMNO kini berusia 77 tahun, juga telah berjaya melalui proses demokratik untuk memilih kepimpinan akar umbi dan pusat dengan jayanya. Kepimpinan UMNO semua peringkat dilihat lebih segar dan bersedia untuk memikul tanggungjawab dan harapan baharu bagi meneruskan perjuangan membela agama dan bangsa serta mempertahankan perlembagaan terutama perkara-perkara yang berkait dengan kedudukan Islam, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Bumiputera.Walaubagaimanapun, UMNO dari penubuhannya sehingga ke kemerdekaan dan pembentukan Malaysia, adalah wadah politik yang sentiasa menerima dan memahami kemajmukan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan latar belakang. UMNO dari pasca Kemerdekaan sehingga ke Malaysia Madani pada hari ini masih yakin dan kekal dengan kepercayaan bahawa Malaysia dibina atas semangat kemajmukan bangsa dan wilayah, serta semangat kebersamaan dan meraikan perbedaan tersebut untuk terus hidup dalam negara yang aman dan harmoni.Maka, telah teruji bahawa ahli-ahli UMNO amat memahami dan menerima hakikat ini. Bahkan, tidak menjadi batu penghalang kepada ahli-ahli UMNO bagi terus memperkasa asas perjuangan parti di samping mempertahankan keharmonian dan kesejahteraan hidup di bawah konsep Malaysia Madani.Namun begitu, amat dikhuatiri sekiranya masih wujud fahaman ekstremis terlampau atau haluan kanan yang menggunakan sentimen perkauman dan menunggang agama dalam politik, negara akan dihujani dengan naratif sempit dan akan merebak menjadi barah dalam pemikiran rakyat.Tetapi yakinlah, majoriti ahli-ahli sudah bosan dengan segelintir karakter dan politikus yang bersifat menangguk di air yang keruh, lempar batu sembunyi tangan serta gunting dalam lipatan. UMNO akan kembali kuat dan berjaya dalam perjuangan apabila sifat-sifat keji ini dibuang dan dilenyapkan daripada parti. UMNO akan berjaya apabila asas perjuangan ini diteruskan dalam bentuk baharu yang lebih progresif dan tuntas, mendepani semangat Malaysia Madani.Khairul Azwan HarunKetua UMNOBahagian Pasir Salak13 Mei 2023
Related Posts
(VIDEO) Meraikan kejayaan pelajar SPM cemerlang PTTI bersama duta penyanyi terkenal PTTI Group
Untuk rekod, seramai 96 pelajar SPM PTTI memperoleh semua A berbanding 34 pelajar pada 2020 dengan menyaksikan peningkatan sebanyak 188…
YNDHAM ACMAR KLANG OFFERS “ENCHANTED CHRISTMAS” EVE DINNER AND HI TEA BUFFET
24 November 2022This Christmas season, Wyndham Acmar Klang is going to bring the magical kingdom,filled with festive fun through our…

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin – KKOM
Alhamdulillah, Aidilfitri yang ditunggu tiba tahun ini dengan sambutan Hari Raya dalam suasana yang berbeza daripada dua tahun sebelum ini.…