Batik Mewarnai Malaysia Menghidupkan Warisan untuk Generasi Akan Datang

  • August 11, 2025
  • 4 min read
Batik Mewarnai Malaysia Menghidupkan Warisan untuk Generasi Akan Datang

Kuala Lumpur, 09 Ogos 2025 – Warisan budaya Malaysia yang kaya menjadi tumpuan utama dalam acara Batik Mewarnai Malaysia anjuran Junior Chamber International (JCI) Lead Tropicana, dengan kerjasama Kunkwan International Mandarin Training Centre. Di bawah kepimpinan dinamik Pengerusi Penganjur Carmen Ng dan bimbingan Presiden Tempatan JCI Lead Tropicana 2025, Kelly Yep, acara ini berjaya menghimpunkan lebih daripada 100 peserta bersemangat, mewujudkan platform meriah untuk pertukaran budaya, penglibatan komuniti, dan perkongsian pengalaman.

Acara ini melibatkan 40 kanak-kanak berumur 10 hingga 17 tahun dari lima rumah kebajikan – Rumah Kanak-Kanak Triniti Children’s Home, Lighthouse Children Welfare Home, House of Joy, Praise Emmanuel Children’s Home, dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Sungai Pinang Klang – untuk mempelajari identiti nasional dan budaya orang asal, di samping berpeluang mempamerkan hasil seni tampalan batik mereka. Bertujuan memelihara dan mempromosikan warisan batik Malaysia, program ini memberi inspirasi kepada peserta muda untuk menerokai seni berusia ratusan tahun sambil memupuk rasa bangga terhadap identiti kebangsaan. Dengan menyediakan peluang sama rata kepada belia kurang bernasib baik untuk mempamerkan kreativiti, inisiatif ini turut memupuk keterangkuman dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dari pelbagai latar belakang.

Cik Intan dari Suria Artisan Batik menerangkan kepada YBhg Dato’ Mohd Imran bin Tamrin, Presiden Majlis Belia Selangor, cara menggunakan cop batik untuk menghasilkan corak.

Presiden Majlis Belia Selangor, YBhg Dato’ Mohd Imran bin Tamrin, menyatakan sokongan padu terhadap inisiatif ini, mengesahkan bahawa batik adalah warisan negara yang harus dipelajari oleh generasi muda.

“Batik adalah sebahagian daripada identiti kita sebagai rakyat Malaysia. Dengan memperkenalkannya kepada generasi muda, kita bukan sahaja memelihara tradisi, malah memastikan budaya kita terus memberi inspirasi pada masadepan,” katanya.

Penerangan: Cik Intan dari Suria Artisan Batik menerangkan pelbagai kaedah untuk membuat batik.

Cik Intan dari Suria Artisan Batik memikat perhatian hadirin dengan sesi pendidikan mengenai warisan batik Malaysia, merangkumi sejarahnya, demonstrasi peralatan tradisional, dan teknik pembuatan seperti batik canting tangan dan batik blok. Penyampaiannya memperdalamkan penghargaan terhadap batik sebagai seni dan warisan budaya.

Penerangan: Kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Sungai Pinang Klang (kiri) dan House of Joy(kanan) bergilir-gilir menerangkan tentang hasil seni tampalan bertemakan Merdeka yang diperbuat daripada cebisan kain batik

Selaras dengan semangat Merdeka, kanak-kanak dari rumah kebajikan peserta diberikan cebisan kain batik untuk menghasilkan seni tampalan bertemakan kemerdekaan Malaysia. Pertandingan ini bukan sahaja menonjolkan kreativiti dan semangat kerjasama mereka, malah membuktikan bahawa sisa kain batik boleh dikitar semula menjadi karya seni bermakna dan menarik — menggabungkan warisan dengan kelestarian.

Kanak-kanak dari rumah kebajikan masing-masing bersama hasil seni tampalan mereka.

Menambah kepada pengalaman budaya, Jungle School Gombak Malaysia memperkenalkan peserta kepada Kerchang Jakrenoi – sejenis teka-teki tradisional Orang Asli yang diperbuat daripada rotan – yang memberikan pandangan unik terhadap kepintaran dan warisan kraftangan masyarakat pribumi.

“Teka-teki Kercang mempunyai pelbagai tahap kesukaran, yang digunakan oleh ibu bapa untuk menilai kepintaran anak mereka. Bakal bapa mertua juga akan memberikan teka-teki ini kepada bakal menantu lelaki sebagai ujian kecerdasan dan kelayakan. Lelaki muda yang gagal menyelesaikannya dianggap tidak layak berkahwin – satu adat yang memberi cabaran dan makna kepada proses peminangan”.Pengasas Jungle School Gombak Malaysia, Dr. Norzalifa,

Duta Jungle School Gombak Malaysia membantu seorang peserta dari Lighthouse Children Welfare Home menyelesaikan teka-teki Kerchang.
Muzium mini yang mempamerkan pelbagai jenis peralatan batik.

Hadirin turut menikmati pameran kain batik yang dihasilkan melalui pelbagai teknik, serta muzium mini yangmemaparkan permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, wau, chapteh, dan gasing. Program ini turut menggalakkan interaksi antara masyarakat Melayu, Cina, India, dan Orang Asli, mencerminkan semangat kepelbagaian budaya Malaysia.

Pengerusi Penganjur Carmen Ng menceritakan tentang sejarah gasing.
Kanak-kanak dari House of Joy (kiri) dan Lighthouse Children Welfare Home (kanan) bermain dengan permainan tradisional – congkak dan chapteh.

Dengan gabungan seni, budaya, dan komuniti, Batik Mewarnai Malaysia menjadi peringatan bahawa memelihara warisan bukan sekadar mengenang masa lalu, tetapi juga menginspirasi masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *