Dimaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengadakan sesi libat urus bersama orang awam dan pihak berkepentingan bagi pindaan Draf Pelan StrukturKuala Lumpur 2040 (PSKL2040) selaras dengan kenyataan YAB Perdana Menteri berkaitan dengan penangguhan proses pewartaan Draf PSKL2040 sehingga 31 Mei 2023. Sehubungan itu, orang awam boleh mendapatkan Laporan Akhir Pindaan Draf PSKL2040 melalui laman sesawang rasmi DBKL di alamat https://www.dbkl.gov.mymulai 13 April 2023. Sesi libat urus diadakan bertujuan untuk memaklumkan pindaaan yang telah dibuat terhadap draf tersebut berdasarkan pandangan awam yang diterima, pengesyoran Jawatankuasa Pendengaran Pandangan Awam (JKPPA), penyelarasan dasar semasa kerajaan dan pandangan Ahli Lembaga Penasihat Perancangan Wilayah Persekutuan (LPPWP). Tarikh,masa dan tempat bagi sesi libat urus ini akan dimaklumkan kepada orang awam dan pihak berkepentingan dalam masa terdekat.Sekian.Dikeluarkan Oleh:Datuk TPr Sulaiman bin MohamedPengarah Eksekutif (Perancangan)Dewan Bandaraya Kuala Lumpur11 April 202320 Ramadan 1444H
Related Posts

Rahmad keliru?
RAHMAD MEGA KELIRU? Petaling Jaya, 22 September 2022 – Rahmad Mega menjadi pesaing yang kuat di Terpaling Juarasetelah memenangi persembahan…
KERAJAAN KOMITED BANTU PEKEBUN KECIL GETAH
Merujuk kepada laporan akhbar bertajuk “Tiada lagi hasil getahMalaysia?” disiarkan oleh akhbar Berita Harian, yang menyentuhmengenai harga getah rendah dan…
KKDW PACU TRANSFORMASI TVET
PUTRAJAYA, 26 Januari – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)komited menyediakan ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET)yang kukuh sebagai…