Debat Perdana antara DS Anwar Ibrahim dan DS Najib Razak
KUALA LUMPUR: YB Fahmi Fadzil mewakili Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan Isham Jalil mewakili Dato’ Sri Najib Razak, ingin mengumumkan bahawa Debat Perdana di antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Sri Najib Razak akan diadakan pada hari Khamis, 12 Mei 2022, jam 9:00 malam, bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.
Debat Perdana ini akan dapat disaksikan secara langsung, sama ada melalui saluran media-media yang akan diumum kemudian atau secara fizikal di Dewan Tunku Canselor di atas jemputan Dato’ Seri Anwar dan Dato’ Sri Najib.
Secara amnya, format Debat Perdana ini akan merangkumi tiga bahagian:Pertama, berhubung permasalahan yang dihadapi syarikat minyak dan gas, Sapura Energy, serta sama ada ianya perlu diselamatkan atau tidak.
Kedua, berhubung Masa Depan Malaysia merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara.
Ketiga, sesi soal jawab.Kami percaya ramai yang menantikan Debat Perdana ini. Kami juga percaya acara ini akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menilai dan meraikan idea, hujah serta pandangan yang berbeza, dalam suasana aman yang mencerminkan budaya berpolitik yang lebih matang.