INTERNATIONAL FASHION CHAMBER MALAYSIA UNITES LOCAL DESIGNERS, ADVOCATES FOR FASHION EDUCATION AND GLOBAL CONNECTION

  • September 19, 2025
  • 6 min read
INTERNATIONAL FASHION CHAMBER MALAYSIA UNITES LOCAL DESIGNERS, ADVOCATES FOR FASHION EDUCATION AND GLOBAL CONNECTION

KUALA LUMPUR, Sept 18 – The International Fashion Chamber Malaysia (IFCM) is poised to become a central force in the nation’s fashion industry. Founded by Dr. Leena Al-Mujahed, IFCM’s mission is to provide a unified platform for local designers, bridging the gap between artistic vision and commercial success.

Officially launched in July this year, the Chamber has wasted no time. Its primary goals for the inaugural year include building a strong presence both locally and internationally, forging strategic partnerships, and serving as a leading advocate for the fashion industry and education in the region.

“Our slogan is to connect creativity with commerce,” said Dr. Leena when met at the Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2025) Modest Fashion Show & Forum in Kuala Lumpur today. 

The International Fashion Chamber Malaysia (IFCM)
Founder ,Dr. Leena Al-Mujahed

“We saw the need for a single platform that connects designers and provides them with the resources to grow,” said Dr.Leena.

The IFCM’s first major collaboration is its role as a strategic partner for the Modest Fashion Show at MIHAS. Dr. Leena views this partnership as a critical step in promoting a significant and lucrative sector of the industry. 

“This is a turning point in positioning modest fashion as both cultural heritage and a global economic sector. Supporting modest fashion is crucial. It’s a billion dollar business, and this partnership will bring more international connections and exposure for our local designers.”
Since opening membership in June, the Chamber has seen steady growth, indicating strong demand for its initiatives. Looking ahead, IFCM aims to expand its membership, secure more strategic partnerships and continue its mission to elevate local fashion on a global scale.

HIGHLIGHTS FROM THE MIHAS MODEST FASHION SHOW

The event featured a series of insightful forums and presentations, including;
• Fashion Business Beyond Borders Forum: Speakers from Kraftangan Malaysia, PEFEM, and the Malaysia-Pakistan Business Council explored heritage, entrepreneurship and trade.
• Fireside Chat with Allianz: This session focused on Fashion Risk & Operational Coverage (FROC), providing small and medium-sized fashion enterprises with essential advice on safeguarding their businesses.

• Special Presentation on Image & Personal Branding: Malaysia’s pioneering image consultant, Datin Norma Norell, shared her insights on presence, confidence and style.
The day concluded with the MIHAS Modest Fashion Show, curated by IFCM for the first time. The runway showcased designers from Malaysia, Indonesia and Dubai, celebrating modesty, cultural heritage, and innovation. 
Notable Malaysian designers included Arlina Ayou, who fused Malaysian batik with leather craftsmanship; Bill Keith presented a tribute to the Sahara Desert; and Casalwa by Datin Sharifah Salwa Syed Shafie, whose “Whispers of Modesty” collection blended hibiscus motifs with traditional attire; Yani Bakhtiar showcased Arabian-inspired modest wear with contemporary flair, adorned with intricate beadwork.

Indonesia’s 3G by Icha Key USA, with the theme  ‘Sriwijaya Revival’, celebrates Palembang’s songket artistry and the grandeur of the Sriwijaya Empire while Donahue by Tanti, with the theme ‘Jogja Everyday Modesty’, featured Yogyakarta-inspired batik, lambskin leather bags and handcrafted shoes that marry tradition with modern lifestyle. 

MIHAS 2025, hosted by the Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI) and organized by MATRADE, took place from September 17–20 at the Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

About the International Fashion Chamber Malaysia (IFCM)  The International Fashion Chamber Malaysia is a non-profit organization dedicated to “Connecting Creativity and Commerce.” Representing designers, artisans and SMEs, IFCM advocates for industry growth, facilitates global trade opportunities and champions Malaysian fashion on the international stage.

(BM Version)

SIARAN MEDIA
18 September 2025

IFCM BERSEDIA MENJADI PENGGERAK UTAMA INDUSTRI FESYEN TEMPATAN

KUALA LUMPUR, 18 Sept – International Fashion Chamber Malaysia (IFCM) bersedia menjadi penggerak utama dalam industri fesyen tempatan. Diasaskan oleh Dr. Leena Al-Mujahed, misi IFCM adalah untuk menyediakan platform bersepadu bagi pereka tempatan, merapatkan jurang antara visi artistik dan kejayaan komersial.

IFCM yang dilancarkan secara rasmi pada Julai tahun ini, terus mengorak langkah dengan matlamat utamanya untuk membina kehadiran yang kukuh di dalam dan luar negara, menjalin kerjasama strategik, dan berperanan sebagai peneraju serta penganjur bagi industri fesyen dan pendidikan di rantau ini.

“Slogan kami adalah untuk menghubungkan kreativiti dengan perdagangan,” kata Dr. Leena ketika ditemui pada Modest Fashion Show & Forum di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2025) di Kuala Lumpur hari ini.

“Kami melihat keperluan untuk satu platform tunggal yang menghubungkan pereka dan menyediakan mereka sumber untuk berkembang,” kata Dr. Leena.

Kerjasama utama pertama IFCM adalah peranannya sebagai rakan strategik untuk Modest Fashion Show di MIHAS 2025. Dr. Leena menganggap kerjasama ini sebagai langkah penting dalam mempromosikan sektor industri yang ketara dan menguntungkan.

“Ini adalah titik perubahan dalam meletakkan fesyen sopan sebagai warisan budaya dan sektor ekonomi global. Menyokong fesyen sopan adalah sangat penting. Ia merupakan perniagaan bernilai bilion dolar dan kerjasama ini akan membawa lebih banyak hubungan antarabangsa serta pendedahan untuk pereka tempatan kita.”

Sejak membuka keahlian pada Jun, IFCM ini telah menyaksikan pertumbuhan yang mantap dan ia menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap inisiatifnya. IFCM berhasrat untuk mengembangkan keahliannya, mendapatkan lebih banyak kerjasama strategik dan meneruskan misinya untuk meningkatkan fesyen tempatan ke peringkat global.

SOROTAN DARI PERTUNJUKAN MIHAS MODEST FASHION SHOW 2025

Acara ini menampilkan siri forum dan pembentangan yang berinformasi, termasuk:
• Forum Perniagaan Fesyen Melangkaui Sempadan: Penceramah dari Kraftangan Malaysia, PEFEM dan Majlis Perniagaan Malaysia-Pakistan membincangkan warisan, keusahawanan dan perdagangan.
• Sesi Sembang Santai dengan Allianz: Sesi ini memberi tumpuan kepada Liputan Risiko & Operasi Fesyen (FROC), memberikan nasihat penting kepada perusahaan fesyen bersaiz kecil dan sederhana tentang cara melindungi perniagaan mereka.
• Penampilan Khas mengenai Imej & Penjenamaan Peribadi: Perunding imej Malaysia yang juga seorang perintis, Datin Norma Norell, berkongsi pandangan beliau tentang penampilan, keyakinan dan gaya.

Acara berakhir dengan pertujunkan MIHAS Modest Fashion Show yang dikendalikan oleh IFCM buat kali pertama. Persembahan di pentas peragaan itu mempamerkan pereka dari Malaysia, Indonesia dan Dubai, meraikan kesopanan, warisan budaya dan inovasi.

Pereka terkenal dari Malaysia termasuklah Arlina Ayou, yang menggabungkan batik Malaysia dengan rekaan kulit; Bill Keith mempersembahkan penghormatan kepada Gurun Sahara; dan Casalwa oleh Datin Sharifah Salwa Syed Shafie, dengan koleksi “Bisikan Kesopanan” menggabungkan motif bunga raya dengan pakaian tradisional; Yani Bakhtiar mempamerkan pakaian sopan yang diinspirasikan dari Arab dengan gaya kontemporari, dihiasi dengan manik yang rumit.

3G oleh Icha Key USA dari Indonesia, dengan tema ‘Kebangkitan Sriwijaya’, meraikan seni songket Palembang dan keagungan Empayar Sriwijaya sementara Donahue oleh Tanti, dengan tema ‘Kesopanan Harian Jogja’, menampilkan batik yang diinspirasikan dari Yogyakarta, beg kulit kambing dan kasut buatan tangan yang menggabungkan tradisi dengan gaya hidup moden.

MIHAS 2025, yang dianjurkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan dikendalikan oleh MATRADE, berlangsung dari 17–20 September di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Mengenai Dewan Fesyen Antarabangsa Malaysia (IFCM)
Dewan Fesyen Antarabangsa Malaysia (IFCM) adalah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang didedikasikan untuk “Menghubungkan Kreativiti dan Perdagangan.” Mewakili pereka, artis dan PKS, IFCM memperjuangkan pertumbuhan industri, memudahkan peluang perdagangan global dan memperkasakan fesyen Malaysia di pentas antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *