KEJADIAN PROVOKASI SEMASA OPERASI MEROBOH STRUKTUR DI DESA PANDAN

  • July 16, 2025
  • 1 min read
KEJADIAN PROVOKASI SEMASA OPERASI MEROBOH STRUKTUR DI DESA PANDAN

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ingin memaklumkan berkenaan pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf jalan 2/76, Desa Pandan. Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan DBKL demi keselesaan
serta keselamatan warga kota dengan mempertingkatkan kemudahan infrastruktur dan kelancaran aliran trafik.

Bagi membolehkan pelaksanaan projek ini, DBKL telah menyelaraskan proses
pengosongan peniaga yang menjalankan perniagaan di kawasan yang terlibat. Proses ini dilaksanakan melalui pendekatan libat urus dan penyampaian maklumat rasmi kepada semua pihak yang terlibat termasuklah
persatuan peniaga dan peniaga-peniaga.

Sebagai tindakan susulan, lesen perniagaan bagi sembilan tapak telah dibatalkan bermula 10 Januari 2025. Semua peniaga dimaklumkan secara
rasmi pada 15 Januari 2025 dan diminta mengosongkan tapak dalam tempoh yang ditetapkan.
Pada 4 Julai 2025, DBKL telah mengeluarkan notis pengosongan tapak sebagai langkah akhir sebelum tindakan perobohan dijalankan. Kerja-kerja
perobohan sepatutnya dilaksanakan pada 15 Julai 2025 walau bagaimanapun kerja-kerja tersebut ditangguhkan ekoran kekecohan yang berlaku di tapak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *