Kembara Muzik di dewan berprestij
8 Jun 2022 – Lapan tahun bukan jangka masa yang sekejap untuk sebuah rindu yang meranum. Terakhir, pada tahun 2014 kumpulan Kembara muncul dengan sebuah konsert di kota Kuala Lumpur.
Kemudian dengan konsert yang meninggalkan 1001 kenangan itu, turut berbekas kerinduan terhadap lagu-lagu rakyat serta perjuangan mereka itu.Untuk tahun ini, Shiraz Projects Sdn Bhd memikul tanggungjawab melunaskan kerinduan tersebut dengan membawakan KONSERT KEMBARA PANORAMA JINGGA: 1444 HIJRAH pada 31 Julai 2022 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Bakal bermula pada pukul 8.30 malam, konsert yang menghimpunkan tenaga dan kehebatan Dato’ M.Nasir (vokal), Zoul (gitar utama, vokal), Rahman Suri (bass), Shahrum Basiron (dram) dan Md Shah Othman (keyboard) itu akan turut mengheret penonton ke suatu dimensi masa bersama lagu-lagu berjiwa besar mereka.
Menurut Shirazdeen Karim selaku Ketua Pengarah Eksekutif Shiraz Projects, sudah lama pihaknya mengimpikan untuk bekerjasama dengan kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Hati Emas dan Ekspres Rakyat akhirnya bakal terlaksana juga pada Julai ini.“Perbincangan dan perancangan konsert ini sudah bermula sebelum pandemik lagi dan kami akur dengan keadaan yang melanda. Untuk tahun ini, kami sangat bersemangat untuk membawakan lagulagu Kembara berkumandang di dewan berprestij iaitu Dewan Plenari. Pastinya Kembara akan memberikan sebuah persembahan yang bertenaga dengan untaian lagu-lagu mereka yang cukup nostalgik dan ikonik untuk para pendengar. “Mengapa konsert ini diberi judul Kembara Panorama Jingga : 1444 Hijrah? Para peminat setia pasti tahu namun untuk sebuah kepastian dan ‘surprise’ yang lebih menyenangkan, penonton wajib datang ke konsert ini kelak,” tambah Shiraz memberikan ‘hint’ tentang sesuatu yang bakal terjadi di konsert itu kelak. Tiket-tiket berharga RM860 (Meet and Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Gold), RM200 (Silver) dan RM160 (Bronze) akan mula dijual pada 2pm, 10 June 2022.
Peminat-peminat Kembara juga boleh membeli T-shirt eksklusif apabila membeli tiket konsert di laman web www.myticket.asia.Shiraz Projects mengharapkan para peminat Kembara khususnya akan mendukung konsert ini. Melihatkan sokongan yang diberikan kepada selebriti tanah air yang muncul dengan pelbagai konsert tahun ini, Shiraz malah yakin konsert ini memang ditunggu-tunggu. Konsert Panorama Jingga 1444 tesebut disifatkan akan mengubat rindu peminat Kembara di zaman 80an dan akan juga memberi peluang kepada generasi baharu untuk mengenali muzik Kembaradengan akrab lagi dengan persembahan ‘live’ yang bertenaga yang bakal mereka bawakan.
Jangan lepaskan momen dan lakaran sejarah yang bakal tercipta kelak dengan tandakan kalendar anda dengan konsert hebat ini. KONSERT KEMBARA PANORAMA JINGGA: 1444 HIJRAH merupakan konsert satu malam sahaja ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd. Pihak Shiraz Projects berterima kasih kepada PENJANA, KKMM dan MyCreative kerana memberi sokongan kerana tanpa sokongan dari mereka adalah sukar untuk melaksanakan konsert dalam skalabesar di kala industri baru beransur pulih dari pandemic Covid-19.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan media SIAR untuk konsert iniKEMBARA: KONSERT PANORAMA JINGGA 1444Tarikh : 31 Julai 2022, AhadVenue : Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala LumpurLaman Web : www.shirazprojects.comHarga tiket : RM860 (Meet & Greet)RM460 (Diamond)RM360 (Platinum)RM260 (Gold)RM200 (Silver)RM160 (Bronze)Tiket :
www.myticket.asiaContact : 03 86050196Info Hotline : 012 256 0082Facebook : shirazprojectsInstagram : shirazprojectsHashtag : #KEMBARAPANORAMAJINGGA1444HIJRAHDisokong oleh : PENJANA, KKMM dan MyCreativeRakan Media : SIARTiket Rasmi : MyTicketTentang MyCreative VenturesMyCreative Ventures Sdn Bhd (“MyCreative”) adalah sebuah badan kerajaan yang ditubuhkan untuk memajukan industri kreatif Malaysia melalui pelaburan srategik dan inovatif.
MyCreative telah diperbadankan pada 2012 dan merupakan sebuah subsidiari milik penuh Kementerian Kewangan (Diperbadankan), melapor kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dengan misi untuk memperhebatkan daya tarikan industri kreatif Malaysia yang boleh diukur melalui pewujudanpeluang pekerjaan, meningkatkan sumbangan pendapatan daripada industri kreatif kepada Pendapatan Dalam Negara Kasar (KDNK); dan melonjakkan status industri kreatif Malaysia melalui kesedaran awam dan kesan sosial. Kumpulan MyCreative terus menyokong industri kreatif melaluipengenalan unit-unit dibawahnya iaitu CENDANA dan RIUH pada 2017. Layariwww.mycreative.com.my untuk maklumat lanjut.