Khai Bahar Kembali Dengan Balada Menyentuh Jiwa “Kalau Bukan Aku”

Penyanyi tersohor tanah air, Khai Bahar, kembali memikat hati peminat dengan single terbaharunya berjudul
“Kalau Bukan Aku” — sebuah balada moden yang sarat emosi dan kejujuran, ciptaan Farouk Roman, lirik oleh Senna, dengan susunan muzik oleh Wan Saleh serta bimbingan Afif Tirmizie sebagai penerbit vokal.

Lagu ini diterbitkan di bawah naungan Sony Music Entertainment Malaysia dan sudah berada di semua platform digital
bermula 24 Oktober 2025.
Menampilkan sisi yang lebih matang dan mendalam, “Kalau Bukan Aku” mengangkat tema cinta yang tidak semestinya berakhir dengan kebahagiaan — namun tetap meninggalkan ruang untuk penerimaan dan
ketabahan. Dengan gabungan melodi balada klasik dan sentuhan produksi kontemporari, karya ini menonjolkan kekuatan vokal Khai dalam menyampaikan perasaan luka dan reda dengan penuh kejujuran.
“First of all, sebab saya dapat berkerja dengan Farouk Roman dan secondly sebab lagu ni sendiri. Nuansa yang berbeza dari lagu-lagu saya yang ada,” ujar Khai Bahar tentang keterujaannya membawakan lagu ini. “Bila
pertama kali saya dengar demo, saya terus rasa mesmerised — saya yakin lagu ni akan pergi jauh.”
Dari segi penyampaian, Khai mengakui “Kalau Bukan Aku” merupakan antara lagu paling mencabar dari aspek
vokal dan emosi.
“Farouk minta saya bawa lagu ni dengan cara yang berbeza. Untuk mendalami lagu ni, saya buka sejarah cinta lama! Hahaha. Saya rasa ramai akan relate dengan lagu ni — termasuk saya sendiri.”
Mengulas lanjut tentang perjalanan rakaman, Khai turut berkongsi,
“Saya mudah bekerjasama dengan Afif sebab ini bukan kali pertama dia jaga vokal saya. Dah ada chemistry. Cara nyanyian lagu ni pun berbeza — lebih matang, dengan lirik yang sangat dekat dengan ramai orang.”
Sementara itu, komposer Farouk Roman menjelaskan bahawa inspirasi lagu ini datang daripada kisah cinta yang tidak semestinya berakhir bahagia.
“Saya bayangkan perasaan seseorang yang masih setia walaupun hubungan dah berakhir — rasa reda tapi masih
ada cinta yang tertinggal. Dari situ saya cuba terjemahkan emosi tu dalam melodi yang lembut tapi
menyakitkan,” jelasnya.
Kolaborasi antara Farouk, Senna dan Wan Saleh berlaku secara organik, hasil persefahaman kreatif yang sudah lama terjalin.
“Saya memang dah lama bekerjasama dengan Senna sebab gaya penulisan dia sangat puitis tapi real. Untuk susunan muzik, Wan Saleh memang pilihan semula jadi sebab dia pandai seimbangkan emosi balada dengan elemen moden tanpa hilang jiwa lagu,” tambah Farouk.
Dari sudut produksi, Farouk menekankan keseimbangan antara emosi dan komersial agar lagu ini kekal jujur dan dekat di hati pendengar.
“Kami ambil masa agak lama untuk membuat keputusan akhir berkenaan nada dan sisi dinamik supaya setiap bahagian ada perjalanan emosi tersendiri,” katanya.
Beliau turut memuji penyampaian vokal Khai yang dianggap sangat tulus dan berkesan.
“Khai berjaya sampaikan semua emosi yang saya bayangkan masa mula cipta lagu ni. Ada kejujuran dalam vokal dia — tak berlebihan, tapi cukup untuk buat orang rasa.”
Dengan sentuhan produksi yang halus serta kekuatan vokal yang penuh perasaan, “Kalau Bukan Aku” bukan sekadar lagu cinta, tetapi sebuah karya yang merangkum perjalanan jiwa — tentang mencintai, kehilangan, dan
akhirnya menerima.
“Kalau Bukan Aku” sudah tersedia di semua platform digital bermula 24 Oktober 2025 di bawah terbitan Sony Music Entertainment Malaysia.
Tentang Drama Jika Cinta Itu Buta
Maryam, seorang wanita buta, kini dikhianati suaminya Farid dan sahabat baiknya Bella. Di tengah gelombang
pengkhianatan, dendam dan perebutan harta, Maryam bangkit mencari kekuatan bersama Adam. Meskipun diuji dengan ranjau perkahwinan, jenayah serta kehilangan harta benda, dia tetap tabah menghadapi dugaan.
Namun, persoalan besar masih menanti – mampukah Maryam mengecapi kebahagiaan setelah dilanda pengkhianatan dan derita silam? Drama ini menampilkan barisan pelakon ternama seperti Keith Foo, Uqasha Senrose, Trisha Ooi, Shahz Jazle, Wan Nor Azlin, Zarina Zainoordin, dan Jasper Supayah bermula 6 Oktober 2025
di Astro Prima, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.
Sebarang pertanyaan lanjut, promosi dan temu bual, sila hubungi Jabatan Domestik Sony Music Entertainment Malaysia:
Veea Norman | +6 013 2032130 | veea.norman@sonymusic.com
Fitrah Ilahi | +6 013 2000813 | fitrah.ilahi@sonymusic
TENTANG SONY MUSIC ENTERTAINMENT
Di Sony Music Entertainment, kami menghormati perjalanan seni. Para pencipta kami membentuk perubahan,
budaya, komuniti dan sejarah. Kami telah memainkan peranan penting dalam sejarah muzik. Perjalanan kami
bermula dari menubuhkan syarikat rakaman muzik pertama sehingga mencipta rakaman cakera padat. Kami telah membimbing ramai artis ikonik dalam dunia seni muzik dan menerbit beberapa buah rakaman yang berpengaruh sepanjang zaman. Sony Music Entertainment kini mempunyai lebih dari 100 cawangan syarikat di
seluruh dunia untuk menyokong pelbagai pencipta yang berbakat pada setiap peringkat serta di setiap pentas persembahan. Di samping muzik, hiburan dan teknologi, kami juga membawa imaginasi, kepakaran kepada
platform dan model perniagaan yang baharu serta peluang untuk menembusi pasaran luar. Semua usaha ini adalah untuk menyokong eksperimen, pengambilan risiko dan kemajuan komuniti kreatif. Sony Music Entertainment telah menerapkan prinsip perkongsian yang mendalam, kepercayaan, punca yang berasas bagi
meningkatkan dan memperkuatkan masyarakat di seluruh dunia. Sony Music Entertainment adalah sebahagian daripada keluarga global Sony. Pelajari lebih lanjut mengenai pencipta dan label rekod kami sini.





