Kumpulan RES2 sah terlibat konsert 4u2c, Bersedia untuk malam penuh energi, penuh memori, dan penuh rap vibes September nanti!

Kuala Lumpur — Belum pun reda isu panas hak cipta yang menggemparkan peminat setia 4U2C, kini muncul pula satu lagi berita yang pasti menggetarkan jiwa pencinta muzik era 90-an. Kali ini, ia bukanlah kontroversi, tetapi hadiah istimewa buat semua. Kumpulan rap wanita legenda, Res2, yang pernah meledak dengan lagu Kepastian dan Pengertian, disahkan bakal menggamatkan pentas WE 4U2C Live In Concert pada 15 September nanti di Idea Live Arena, Petaling Jaya.


Dipetik daripada sumber yang boleh dipercayai, kemunculan Res2 di konsert itu sudah pun confirm — sekali gus menjanjikan satu malam penuh nostalgia dan kehangatan rap zaman 90-an.
Untuk yang masih ingat, Res2 ditubuhkan pada hujung 1992, saat muzik rap menjadi fenomena hangat tanah air. Ketika awal penubuhan, mereka dianggotai oleh Erin, Baby Arin, Ezza, Yati dan Wati — masing-masing dengan gaya tersendiri yang pernah mencuri hati ramai.
Sebelum pengumuman rasmi konsert, Baby Arin mendedahkan bahawa dia mengambil masa yang agak lama untuk meyakinkan rakan-rakan lama agar kembali ke pentas. “Selama tiga hari saya berulang kali berbincang, akhirnya mereka setuju. Saya rasa sangat bersyukur,” katanya penuh terharu.

Menurut sumber Baby Arin tidak mempunyai masalah untuk kembali ke industri muzik semula kerana perasaan rindu yang mendalam untuk membuat persembahan seperti dahulu memang tidak dapat dinafikan tetapi perlu akur zaman sudah berubah dan tidak pasti sekiranya mereka masih mempunyai peminat
Katanya salah seorang anggota mereka kini menetap di Netherland?? betul ke? baby Arin kini di Johor Bharu ?
Pasti ramai yang berteka-teki, adakah akan ada segmen special duet antara 4U2C dan Res2? Segalanya masih dirahsiakan sebagai kejutan pada malam konsert.
Apa yang penting, datanglah dengan penuh gaya — lengkap dengan stail rap yang menjadi simbol era keemasan mereka.

Buat para peminat, inilah peluang untuk menghidupkan kembali memori lama sambil berkongsi kegembiraan bersama anak-anak. Meskipun konsert ini hanyalah sebuah reunion, bukanlah tanda 4U2C mahu kembali aktif sepenuhnya, namun momen ini tetap berharga dan patut diraikan.
Dan yang paling penting — biarkan segala isu dalaman diselesaikan, kerana tumpuan kini hanyalah pada latihan vokal dan tarian, demi memberikan persembahan paling meletup buat semua yang hadir.
Jadi, bersedia untuk malam penuh energi, penuh memori, dan penuh rap vibes September nanti!