Kunjungan hormat persaraan Timbalan Ketua Pengarah Operasi Imigresen

Pagi ini pejabat YB Saifuddin Nasution Ismail menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Tuan Jafri bin Embok Taha, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia bersempena persaraannya yang akan berkuat kuasa pada 20 Julai ini.
Beliau menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, komitmen dan kepimpinan beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya khususnya dalam memperkasa operasi dan kecekapan Jabatan Imigresen Malaysia.

Semoga persaraan ini membuka lembaran baharu yang lebih tenang, sejahtera dan penuh keberkatan. Selamat bersara dan selamat melangkah ke fasa kehidupan seterusnya.