LEBIH BESAR, LEBIH HEBAT, LEBIH GAH: MOTORMANIAC ANNUAL 2025 BAKAL LAGI EPIK, SASAR LEBUH 30,000 PENGUNJUNG DI BUMBUNG MYTOWN KUALA LUMPUR

SHAH ALAM, 30 Ogos 2025 – MotorManiac, jenama gaya hidup dan sukan permotoran di bawah Bateriku, baru sahaja mengumumkan rancangan penuh untuk acara tahunan ke-4 mereka dalam satu sidang media yang berlangsung di Bateriku Garage (BGarage) Shah Alam hari ini.


Berlatarkan pemandangan langit Kuala Lumpur yang mempersona, acara yang dijadualkan pada Sabtu, 6 September 2025 di atas bumbung MyTown, Kuala Lumpur ini dijangka menjadi edisi terbesar setakat ini. Para pengunjung akan dimanjakan dengan 600+ kereta termodifikasi pelbagai kategori termasuk kereta tempatan, JDM, Continental dan Supercar. Acara ini dijamin menjadi hotspot Instagram yang paling hangat, terutamanya ketika waktu senja hingga tengah malam.
Dianjurkan oleh Bateriku, peneraju khidmat Bantuan Jalan Raya Berhubung nombor 1 Malaysia, sidang media ini menyaksikan kerjasama strategik dengan barisan rakan kongsi yang hebat:
Rakan Kongsi Utama (Astra, UVR, Retro Havoc, Printing, Kahf, GGR Motor), Penaja Rasmi (Mr Absorber, Kopi Saigon, Driveo, Petronas Lubricant), Rakan Kongsi Streetwear (Headers, Super Sunday, Abstrax, Choii Motorsports), Penyokong Setia ‘Day Ones’ (BWB, Biadap, Downshift, SFS Garage, Indiscrete, Antera Motorsports, 199 Garage, Placed) serta rakan-rakan media dari pelbagai platform.


Malam itu dihiburkan oleh pengacara jemputan, Killa Driz, rapper tempatan yang tidak asing lagi, yang juga memperkenalkan penampilan istimewa oleh ChronicalZ, rapper dari Desa Pandan.
Edisi tahun ini menandakan pengembangan MotorManiac ke peringkat antarabangsa. Rakan media global termasuk CarCvlT dari United Kingdom, kolektif digital yang sinonim dengan penceritaan automotif bawah tanah; wartawan dan pencipta kandungan automotif Australia, Clay Wong; dan fotografer serta tastemaker budaya kereta JDM dari Jepun, Tatsu Miyagawa.


Azarol Faizi bin Zakaria Ansari

Acara utama pada 6 September nanti akan mengubah Bumbung MyTown menjadi sebuah festival kereta, budaya dan kreativiti. Pemandangan langit Kuala Lumpur ketika senja pasti akan memukau dan menjadi latar belakang yang dramatik. Berbeza dengan pertemuan kereta tradisional, MotorManiac telah berevolusi menjadi sebuah gerakan budaya, diaskan dengan kuasa kuda dan gaya hidup untuk mencipta pengalaman yang tiada tandingannya.
Program selama satu hari itu akan menampilkan pertandingan sukan permotoran seperti King of Maniac Challenge, ASTRA Cup: 2 Step Competition dan Car Limbo Contest. Tarikan lain termasuk Pameran Mini Diecast untuk para kolektor dan keluarga, serta konsert hip-hop di atas bumbung menampilkan ALYPH, EEMRUN, Dann N Qrack dan 53 Universe.
ASTRA Cup merupakan trofi cabaran baru yang diperkenalkan, dengan nama pemenang setiap tahun akan diukir pada piala sehingga edisi seterusnya melahirkan juara baharu, sekaligus menambah prestij dan tradisi kepada legasi MotorManiac.
Tahun ini juga memperkenalkan Cabutan Bertuah. Untuk setiap 1x barangan merchandise MotorManiac yang dibeli pada hari acara, pengunjung akan menerima 1 tiket cabutan. Setiap pembelian dua kupon Bateriku (bernilai RM40* setiap satu) juga layak mendapat 1 tiket cabutan. 3 orang pemenang bertuah akan membawa pulang sebuah EV Bike oleh GGR Motors.
Edisi tahun lalu menarik kira-kira 30,000 pengunjung dalam tempoh dua hari, namun penganjur menjangkakan jumlah yang sama akan dicapai dalam hanya satu hari, sekaligus mewujudkan apa yang mereka gambarkan sebagai “suasana seperti festival”.
Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang berlangsung selama dua hari, MotorManiac Annual 2025 akan berlangsung hanya untuk satu hari penuh, dari jam 10 pagi hingga tengah malam, dengan jadual yang padat dengan aktiviti.



Don MotorManiac, Mikhail Faizi atau lebih mesra dengan panggilan Mike, berkata acara ini telah berkembang maju melangkaui sekadar pertemuan peminat kereta. “Jiwa MotorManiac sentiasa tentang lebih daripada sekadar kereta. Ia tentang gaya hidup, budaya, dan komuniti. Dengan menghimpunkan semua ini di satu bumbung dan menjadikan langit Kuala Lumpur sebagai latar, kami mencipta sebuah festival satu hari yang akan meriah dari pagi hingga tengah malam. ASTRA Cup dan rakan media global kami adalah bukti bahawa apa yang bermula sebagai gerakan tempatan kini mendapat sambutan di peringkat global.”

Tiket masuk umum dijual pada harga RM20, manakala kemasukan adalah percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan Orang Kurang Upaya (OKU).





