Malaysia Jadi Tuan Rumah Sidang Kemuncak Pickleball Asia Pertama — Pacu Inovasi, Perpaduan & Revolusi Sukan Serantau!

Petaling Jaya, 17 Julai 2025— Sejarah tercipta! Malaysia melakar nama sebagai peneraju sukan paling rancak berkembang di Asia dengan kejayaan Asia Pickleball Summit (APS) 2025, Sidang kemuncak pertama seumpamanya yang berlangsung gemilang di Hotel One World, Petaling Jaya.
Dianjurkan oleh ReSkills dengan sokongan penuh Maxis, acara ini bukan sekadar pertemuan sukan, tetapi lonjakan besar dalam membentuk masa depan Pickleball di Asia!


En. Jin Tan, Pengasas ReSkills merupakan Pencetus APS, berkongsi visi besar:
“Kami melihat Pickleball bukan hanya sebagai sukan, tapi alat pemerkasaan belia. Ini gabungan pendidikan, teknologi, dan komuniti—platform untuk generasi muda Asia merebut peluang!”- Jin Tan
Menariknya Malaysia kini memacu berada diBarisan Hadapan, ReSkills mencetus Revolusi Sukan & Pendidikan Dengan lebih 57,555 aktiviti, 3,916 kelab, dan 143,269 pemain aktif direkodkan dalam tempoh 90 hari, Malaysia kini pemimpin Pickleball terunggul di Asia!


APS menjadi bukti nyata misi “Pemerkasaan Melalui Pendidikan” ReSkills, mengangkat Pickleball sebagai bahasa universal pemersatu masyarakat rentas budaya.
Event yang dilangsungkan baru baru ini menyaksikan lebih 500+ kehdirin, melibatkan14 buah Negara dan 28 Penceramah Global: kita harus berbangga APS ibarat Magnet menarik masyarat dengan Impak yang tinggi!
Sidang kemuncak ini berjaya menarik:
✔ **450+ profesional** dari kerajaan, korporat, dan dunia sukan
✔ **28 penceramah ternama** dari AS, Jepun, China, India, ASEAN, dan lebih banyak lagi
✔ **Kolaborasi strategik** antara sektor sukan, pendidikan, kesihatan, dan kewangan.




Menteri Belia & Sukan Malaysia, YB Hannah Yeoh dalam ucapannya menegaskan:
“Pickleball bukan sekadar permainan—ia gerakan inklusif! Mudah dimainkan, kos rendah, dan mampu menyatukan semua peringkat umur, terutama wanita dan warga emas.” ianya berkembang sangat cepat dan beliau sendiri terkejut kerana dalam masa yang singkat bermain Pickleball berat badan beliau turun beberapa kilo mendadak.”- Hannay Yeoh
Sejak diiktiraf sebagai sukan rasmi pada 2023, Pickleball kini layak dapat geran kerajaan, dana komuniti, dan pengecualian cukai sehingga RM1,000 ! Malah, legenda sukan negara seperti Lee Chong Wei, Nicol David, dan Cheah Liek Hou turut menyokong kempen ini.
Maxis & ReSkills: Teknologi + Sukan Masa Depan Gemilang
Sebagai penaja utama, Maxis menunjukkan komitmennya dalam menerajui revolusi digital dan pembangunan belia. Sokongan mereka bukan sekadar tajaan, tetapi pengiktirafan terhadap potensi besar Pickleball sebagai pemangkin perubahan sosial.
En Ken Lim, Pengarah Penganjur APS, menegaskan:
“Di APS, idea bertukar jadi tindakan. Malaysia kini pusat gerakan Pickleball Asia!”
Apa Selepas APS 2025?
✔ **Pickleball di sekolah** melalui kejohanan MSSD
✔ **Pembangunan atlet kebangsaan** dari peringkat akar umbi
✔ **Pelan jangka panjang** menjadikan Malaysia **hab Pickleball Asia** menjelang Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
APS 2025 bukan sekadar acara—ia permulaan revolusi sukan yang bakal ubah landskap Asia!
#PickleballAsia #APS2025 #SukanUntukSemua #MalaysiaBoleh #ReSkillsEmpowers
Baca lebih lanjut di:[AsiaPickleballSummit.com](https://example.com) | Ikuti perkembangan di:@AsiaPickleballTV @ReSkillsMY @Maxis