O.TWO.O Kini di Guardian Malaysia: Lipstik Ultra Stay Lolepop & Koleksi Viral Jadi Rebutan

  • September 30, 2025
  • 3 min read
O.TWO.O Kini di Guardian Malaysia: Lipstik Ultra Stay Lolepop & Koleksi Viral Jadi Rebutan

Kuala Lumpur, 30 September 2025 – Jenama kecantikan antarabangsa O.TWO.O meraikan kejayaan acara pemula (launching event) pertama mereka di Malaysia yang turut berlangsung bersempena ulang tahun syarikat.

Majlis penuh meriah ini memperkenalkan produk-produk best seller O.TWO.O yang kini boleh didapati secara eksklusif di rangkaian farmasi Guardian Malaysia.

Menurut Ms. Yolanda, O.TWO.O Brand Oversea Business Manager, acara ini amat bermakna kerana ia bukan sahaja menandakan kehadiran rasmi mereka di Malaysia, malah memberi peluang kepada pelanggan untuk merasai sendiri produk kecantikan viral jenama tersebut.

“Kami sangat gembira kerana akhirnya dapat berkongsi produk O.TWO.O dengan wanita Malaysia. Misi kami jelas – menjadikan kecantikan mampu milik, berkualiti tinggi dan mudah didapati di pasaran. Produk kami, termasuk Ultra Stay Lollipop Matte Lipstick dan koleksi berus solekan, direka khas untuk memenuhi keperluan wanita moden berusia 18 hingga 35 tahun,” kata Ms. Yolanda.

Kerjasama dengan Guardian Malaysia dilihat sebagai langkah penting untuk memperkukuhkan kedudukan O.TWO.O dalam pasaran tempatan. Bagi Guardian sendiri, kehadiran jenama kecantikan viral ini memberi nilai tambah kepada pelanggan setia mereka.

“Guardian sentiasa komited membawa masuk jenama antarabangsa yang berkualiti, trending dan dipercayai pelanggan. Kehadiran O.TWO.O di Guardian memberi lebih banyak pilihan kepada wanita Malaysia yang mencari produk kecantikan berpatutan tetapi setanding dengan standard global,” jelas Ms. Tiffany, General Manager Commercial Guardian Malaysia.

Antara produk O.TWO.O yang mencuri perhatian termasuk Ultra Stay Lolepop Matte Lipstick, gincu tahan lama dengan warna menyerlah yang kini menjadi rebutan ramai.

Selain itu, koleksi O.TWO.O Brush Series yang mencatat lebih 6 juta jualan di seluruh dunia, bersama compact powder dan eyeshadow palette, turut ditawarkan sebagai pilihan praktikal untuk gaya harian yang ringkas tetapi elegan.

Dengan harga purata sekitar USD 15 (±RM70), O.TWO.O mengekalkan prinsip “affordable luxury” – menjadikan solekan berkualiti tinggi mudah dicapai oleh semua lapisan pengguna.

Kini, pelanggan boleh mendapatkan rangkaian penuh O.TWO.O di semua cawangan Guardian Malaysia, termasuk pusat beli-belah utama seperti Mid Valley dan Suria KLCC.

“Matlamat kami adalah menjadikan O.TWO.O mudah didapati di mana-mana Guardian, agar wanita Malaysia tidak lagi perlu berbelanja besar untuk tampil cantik dan yakin setiap hari,” tambah Ms. Yolanda.

Dengan kehadiran rasmi O.TWO.O di Guardian Malaysia, inilah masanya untuk para pencinta kecantikan merasai sendiri koleksi viral yang menjadi bualan di seluruh dunia.

Sama ada anda mencari lipstik tahan lama, set berus solekan profesional atau palet ringkas untuk gaya harian, semuanya kini mudah didapati berdekatan anda. Jangan lepaskan peluang – kunjungi Guardian terdekat hari ini dan alami sendiri sentuhan kecantikan “affordable luxury” daripada O.TWO.O. – UTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *