PENGANJURAN CONGRESS OF SOUTHEAST ASIAN LIBRARIANS KE-19(CONSAL XIX)

Kementerian Perpaduan Negara dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Congress of
Southeast Asian Librarians ke-19 (CONSAL XIX) yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 hingga 19 Jun 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.
Penganjuran CONSAL XIX kali ini amat signifikan kerana ia berlangsung
selari dengan Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia, serta mencerminkan komitmen negara dalam memperkukuh jaringan kerjasama serantau yang berpaksikan kepada nilai perpaduan, ilmu
pengetahuan dan pembangunan masyarakat yang inklusif.
Dengan tema “Leveraging Inclusivity, Empowering Humanity”, persidangan ini akan menumpukan kepada peranan perpustakaan
sebagai rakan strategik dalam pembangunan komuniti, pemangkin ekosistem ilmu untuk golongan terpinggir dan kurang upaya, serta
menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dalam usaha merapatkan jurang sosial.
CONSAL, yang ditubuhkan pada tahun 1970 hasil inisiatif bersama pustakawan Malaysia dan Singapura, merupakan platform penting
yang menghimpunkan para pustakawan, institusi perpustakaan, sekolah kepustakawanan dan profesional maklumat dari seluruh Asia Tenggara.
Keahliannya merangkumi 10 negara ASEAN termasuk Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura,
Thailand dan Vietnam.





