Pertandingan Siri Kanak-Kanak “Asia’s Kids Star”, pentas impian tonjol bakat!

  • May 24, 2022
  • 2 min read
Pertandingan Siri Kanak-Kanak “Asia’s Kids Star”, pentas impian tonjol bakat!

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2022 – Sekumpulan kanak-kanak terpilih dari Malaysia dan China yang mengambil bahagian dalam siri pertandingan “Asia’s Kids Star” dengan lagu tema ‘Light Chaser’.

Lukas atau nama sebenar Tay Kai Chung merupakan seorang model yang mencipta nama di Hong Kong dan Taiwan berkelahiran Malaysia, akan menyertai NQCC sebagai jurulatih model ekslusif bagi jenama kanak-kanak antarabangsa serta mempromosikan secara aktif dalam pembangunan pendidikan kanak-kanak dalam Asia’s Kids Star.

“Saya mendapati bahawa postur badan di kalangan remaja di Malaysia yang lemah akan menjejaskan perkembangan dan pertumbuhan tulang mereka, oleh kerana itu, saya akan menggunakan pengetahuan profesional saya dalam industri hiburan untuk mengesan dan membetulkan postur badan kanak-kanak secepat mungkin serta memupuk masyarakat sihat di Malaysia.

Siri Acara “Asia’s Kids Star” iaitu Awakening of Dance Souls” Pertandingan Tarian Kanak-Kanak Antarabangsa, “Comprehensive Talent Contest” (Pertandingan Seni Kanak-Kanak Antarabangsa, ketiga-tiga acara ini masih berlangsung dan telah mendapat sambutan yang baik.

Peringkat ujibakat dan pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian, peserta hanya perlu memuat naik video penyertaan mereka.

Acara ini juga turut menarik minat kanak-kanak dari Singapura, Sweden, New Zealand, Amerika Syarikat, Korea Selatan, dan Jepun.

Asia’s Kids Star memaparkan kepelbagaian budaya, bahasa, bangsa dan warna kulit dalam misi yang sama mencapai serta mengejar impian mereka.

Selain itu, dalam mencapai keyakinan dalam diri mereka, Asia’s Kids Star turut mengadakan acara seperti “The Birth of Chils Supermodel” dan “China-Malaysia International Little Reporters” akan dilancarkan pada separuh kedua September 2022.

Encik Mazlan Goh bin Ahmad Goh, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Antarabangsa “Asia’s Kids Star”, berdedikasi untuk mempromosikan dan menggalakkan interaksi budaya kanak-kanak di negara Asia dari segi kepelbagaian.

“Kanak-kanak merupakan tonggak masa depan negara yang boleh mempromosikan seni dan budaya asli ke Asia malah dunia, agar integrasi dan pengembangan pelancongan, ekonomi, fesyen, budaya Malaysia dapat digalakkan untuk meningkatkan buaya kebangsaan Malaysia.

“Pada masa yang sama, ia dapat membawa kegembiraan, impian, kejutan dan pengalaman kepada kanak-kanak, malah boleh memberikan perubahan dalam hidup mereka,” katanya. – UTV Media Msia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *