PH Sabah Fokus Persiapan PRN, Kepentingan Rakyat Jadi Keutamaan

Kota Kinabalu — Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Saifuddin Nasution Ismail meluangkan masa dalam lawatan kerja ke Sabah untuk mempengerusikan Mesyuarat Pakatan Harapan Sabah yang memberi tumpuan khusus kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Menurut beliau, mesyuarat kali ini bukan sekadar penyelarasan jentera pilihan raya, tetapi juga medan memperkukuh persefahaman antara pimpinan negeri dan pusat bagi merangka pendekatan yang paling berkesan.
“Apa jua keputusan yang bakal dimuktamadkan — sama ada melibatkan strategi, calon atau manifesto — tumpuan dan arah tuju kita kekal jelas dan tegas: kepentingan rakyat Sabah mesti kekal menjadi keutamaan,” tegasnya.
Pakatan Harapan Sabah dijangka memuktamadkan beberapa langkah strategik dalam masa terdekat bagi memastikan kesiapsiagaan jentera menjelang PRN.