Rakyat berhak mendapatkan penjelasan Peguam Negara berhubung penyelesaian kes saman Apandi Ali

  • May 10, 2022
  • 2 min read
Rakyat berhak mendapatkan penjelasan Peguam Negara berhubung penyelesaian kes saman Apandi Ali
  • Ketua Penerangan PEJUANG Muda Malaysia
  • Parti Pejuang TanahAir (PEJUANG)
  1. Penyelesaian ini menimbulkan seribu satu persoalan kerana wujud dakwaan dipihak
    UMNO, kononnya kemenangan dan kebenaran memihak kepada Apandi Ali. Ini tidak
    benar sama sekali.
  2. Penyelesaian ini dilakukan tanpa dirujuk terma tersebut kepada Yang Berhormat Tun
    Dr. Mahathir Mohamad sebagai salah satu Anakguam kepada Jabatan Peguam Negara.
    Terma penyelesaian ini juga melibatkan satu pemberian wang yang besar jumlahnya
    kepada Apandi Ali.
  • Pada peringkat awalnya, nasihat guaman yang diberikan semasa pemberhentian
    kontrak Apandi Ali dan sebelum penyelesaian kes saman ini, tidak ada satu pun
    tindakan yang bercanggah dengan undang-undang.
  • Rakyat berhak untuk tahu berapa jumlah penyelesaian dan mengapa Kerajaan
    Malaysia bersetuju untuk membuat bayaran tersebut. Wang itu milik rakyat. Adakah
    kerana Apandi Ali mempunyai kaitan dengan UMNO sebelum daripada ini?
  • Begitu mudah penyelesaian yang diterima oleh seorang mantan Ketua Pemuda UMNO
    Bahagian Pengkalan Chepa. Penyelesaian ini dilakukan tanpa sebarang pengakuan
    liabiliti. Apa maksudnya? Tidak ada pengakuan salah dari pihak yang disaman iaitu
    Kerajaan Malaysia dan Yang Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad.
  • Ini jelas mengelirukan rakyat. Bahkan terma tersebut turut dirahsiakan di hadapan
    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan tidak direkodkan dalam Perintah Penyelesaian
    Persetujuan itu.
  • Penyelesaian ini jelas dibuat atas arahan individu tertentu. Adakah wujud campur
    tangan dari pihak pentadbiran tertinggi di kalangan UMNO? Ini memerlukan
    penjelasan di pihak Kerajaan Malaysia dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun sendiri.
  • Pemberhentian kontrak Apandi Ali amat berbeza dengan keadaan pemecatan Tan Sri
    Abdul Gani Patail. Dalam tempoh satu hari, pemecatan itu dilakukan dalam keadaan
    yang tergesa-gesa. Lebih-lebih lagi ketika beliau sedang meneliti kertas siasatan kes
    1MDB yang melibatkan Najib Razak.
  • Hubungan Apandi Ali dengan UMNO tidak berakhir dengan peletakan jawatan dia pada
    tahun 1991. Ini kerana tularnya video dia menari bergembira bersama pemimpin
    UMNO semasa sedang menjawat jawatan Peguam Negara.
  • Dia memberi arahan untuk menutup ketiga-tiga kertas siasatan berhubung dua kes
    siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terkait SRC International dan
    dana 2.6 Bilion. Isu integriti timbul.
  • Apandi Ali juga dilantik kembali menjadi Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada
  • 14.7.2018 bagi penggal 2018-2021. Adakah ini bukan konflik berkepentingan? Adakah
  • pemberhentian Apandi Ali yang dibuat terdahulu salah?
  • Bagaimana mungkin Peguam Negara pada ketika itu akan berlaku adil dalam
  • menasihati Kerajaan Malaysia pada masa itu? Ini jelas wujud konflik berkepentingan.
  • Adakah penyelesaian itu semata-mata dilakukan demi memberi manfaat kepada kroni
  • UMNO? Ini bukanlah gambaran yang cantik bagi konsep Keluarga Malaysia yang
  • dilaungkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.
  • Ini lebih kepada konsep Keluarga UMNO. Rakyat diketepikan, UMNO diutamakan.
  • Peguam Negara wajib perjelaskan keadaan kepada rakyat.
  • “MERDEKAKAN BANGSA DARI KLEPTOKRAT”
  • “PEJUANG BERPRINSIP”
  • AKIF RUSLI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *