“Reset Diri, Ubah Rezeki 2025” Dorong Usahawan Bangkit, Fokus pada Penyelesaian dan Kekuatan Minda

  • September 11, 2025
  • 3 min read
“Reset Diri, Ubah Rezeki 2025” Dorong Usahawan Bangkit, Fokus pada Penyelesaian dan Kekuatan Minda

KUALA LUMPUR, 10 September 2025 – Lebih 100 usahawan kecil dan sederhana berhimpun di Dewan Parameswara 2, The Mines Beach Resort untuk menghadiri bengkel intensif sehari penuh bertajuk “Reset Diri, Ubah Rezeki 2025”, anjuran EcoTwin Step Sdn. Bhd., yang menekankan pentingnya kekuatan minda dalam mengurus perniagaan serta menghadapi cabaran hidup.

Sebahagian peserta khusyuk menerima ilmu usahawan

Program yang bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang ini mengetengahkan pendekatan praktikal berasaskan Neuro-Linguistic Programming (NLP), dengan objektif utama membimbing peserta membina sistem pemikiran lebih tersusun, mengurus emosi secara berkesan dan memperkukuh ketahanan mental untuk kekal berdaya saing.

Isu tidak pernah kering, tetapi penyelesaian yang menguatkan

Menurut Dr. Hisham Al-Zafariyah, CEO dan penyiasat Echo Twin Steps, yang juga bekas akademia UUM hampir 30 tahun, punca utama kegagalan ramai usahawan bukan kerana kurang bakat, tetapi kerana mudah menyerah kalah apabila berdepan masalah.

“Dalam dunia bisnes, tiada istilah gagal. Yang ada hanyalah maklum balas untuk tindakan seterusnya. Ramai orang terlalu fokus pada isu sehingga membesar-besarkannya. Apa yang penting ialah kecilkan isu, de-amplify masalah, dan amplify pada penyelesaian. Minda kuat, insya-Allah rezeki pun terbuka,” katanya ketika menyampaikan ucapan utama.

Beliau yang juga seorang jurulatih NLP bertauliah berkongsi pengalaman melatih pelajar, masyarakat dan usahawan sejak lebih tiga dekad. Program ini, jelasnya, membawa roh perjuangan membina “growth mindset”, iaitu sikap yang melihat kegagalan sebagai maklum balas dan peluang pembelajaran.

Modul intensif dan inspirasi

Bengkel ini dikendalikan bersama Coach Termizi Ab Aziz, dengan modul utama seperti Kenal Pasti Punca Cabaran Usahawan, Latihan Relaksasi & Mind Reset, serta Bangunkan Sistem & Mindset Usahawan.

Selain itu, modul tambahan yang turut menarik perhatian termasuk teknik komunikasi berkesan, pengurusan emosi, profiling otak kiri dan kanan, serta strategi membina perniagaan berasaskan minat dan passion autentik. Semua modul ini dirangka untuk memastikan kejayaan jangka panjang para peserta.

Bagi menyuntik semangat, penyanyi dan usahawan terkenal Ayu Damit turut membuat persembahan lagu inspirasi “Hanya Di Mercu”, yang disambut meriah oleh peserta.

Healing & Wellness Centre bakal dilancar

Sebagai penutup penuh kejutan, EcoTwin Step turut mengumumkan pelancaran Healing & Wellness Centre yang bakal dibuka tahun ini. Pusat ini memberi tumpuan kepada rawatan burnout, kemurungan, serta program healing retreat menyeluruh – inisiatif penting bagi memperkukuh kesejahteraan mental usahawan dan masyarakat umum.

“Life is too short. Usahawan tidak ada masa untuk kemurungan. Mereka perlu fokus pada strategi, inovasi produk, pemasaran dan pembinaan nilai diri. Dengan minda yang kuat, kita bukan sahaja boleh mengubah rezeki, malah melahirkan generasi usahawan baharu yang lebih resilient dan berdaya saing,” tambah Dr. Hisham.

Maklumat lanjut

Dengan mesej utama bahawa “minda yang kuat mampu mengubah rezeki”, program ini diyakini mampu melahirkan lebih ramai usahawan yang berani melangkah dan tidak mudah berputus asa.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.ecotwin-step.com, menghubungi +6010-841 8989 atau menghantar e-mel ke ecotwinstep@gmail.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *