Tuesday, 10 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Kembara Al-Haramain 2027 Bawa Misi Pengukuhan Iman ke Mekah, Madinah dan QatarDecathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

Segerakan RUU Anti lompat parti, Hamzah jangan berdalih

Politik Wan Norihan Razak 0 bacaan 0 komen

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Bersatu yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin adalah amat dangkal apabila mengaitkan lompat parti sebagai kemahuan orang ramai.Tindakan Tun Mahathir yang meninggalkan UMNO dan Bersatu pada ketika itu berbeza dengan lompat parti kerana tindakannya tidak langsung mengganggu pentadbiran negara.

Sewaktu meninggalkan UMNO sebelum PRU-14 yang sarat dengan amalan rasuah amalan Najib Razak, beliau bukan seorang ahli parlimen. Sewaktu memimpin Bersatu, beliau dipecat sebagai Pengerusi oleh Muhyiddin dan komplot Ahli Majlis Tertinggi Bersatu kerana tidak bersetuju dengan tindakan untuk lompat keluar daripada koalisi sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.Apakah Hamzah Zainudin tidak sedar ketidak-setabilan politik di negara ini pasca Langkah Sheraton telah menyebabkan kejatuhan nilai Ringgit yang teruk dan menyebabkan pelabur asing lari?Tidak cukup dengan itu, amalan aktiviti rasuah yang kembali meningkat, kenaikan harga barang dengan tiada pemantauan menyebalkan majoriti rakyat di negara ini.

Sudahsudahlah berpolitik, fikirkan masa depan negara dan kebajikan rakyat.PEJUANG menggesa supaya RUU Anti Lompat Parti dapat segera dibentangkan di parlimen agar negara ini dapat bergerak maju kehadapan dan tidak diganggu oleh aktiviti politik yang menggugat kelancaran pentadbiran negara. Ketika rakyat sedang bergelut dengan kemelesetan ekonomi dan kenaikan harga barang, para pemimpin sepatutnya fokus untuk menyelesaikan masalah ini dan bukan hanya sekadar memikirkan soal kuasa.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *