“Sesi Dialog Aspirasi Pembangunan Industri Halal Selangor bersama SME dan Majlis Iftar Ramadan”.
SHAH ALAM, 23 APRIL 2022 – Dato’ Dr Gavin Voon Shih Chin, Yang Dipertua Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Selangor, berasa bangga kerana telah berjaya melaksanakan “Sesi Dialog Aspirasi Pembangunan Industri Halal Selangor bersama SME dan Majlis Iftar Ramadan”.
Katanya, tujuan dialog adalah untuk menjalinkan hubungan antara pemenang usahawan Selangor yang menerima Anugerah Pilihan Pengguna (CCA) 2022-2023 oleh MTPN Selangor bagi mengetahui mengenai maklumat industri halal yang tepat.
Ini kerana kebanyakan usahawan bukan Islam tidak mengetahui mengenai proses pensijilan halal yang betul, serta ditipu oleh orang tengah.
“Sasaran kami selepas sesi dialog ini, supaya kami akan meneruskan lagi sesi dialog kepada 100 usahawan pemenang Anugerah Pilihan Pengguna (CCA) serta buat webinar kerana hari ini yang dapat hadir cuma 10 orang sahaja, kami berharap semua pemenang Anugerah CCA boleh mendapatkan maklumat yang tepat dari Pejabat Exco ataupun Halal International Selangor.
“Harapan kami supaya program ini dapat memberikan informasi halal yang tepat dan serta memberi pengetahuan mengenai insentif setelah proses mendapatkan sijil halal untuk membantu usahawa Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (PKS) untuk mengembangkan bisnes mereka ke peringkat global.
Untuk maklumat semua, International Strategic Institute di bawah payung MTPN Selangor sentiasa memainkan peranan sebagai jambatan yang menghubungkan para usahawan dengan agensi-agensi kerajaan untuk membantu mengembangkan ekonomi negara.
Pada masa akan datang, kita bercadang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pejabat exco serta Halal International Selangor untuk mengukuhkan kerjasama lagi. – UTV Media Msia