SRIKANDI KEADILAN PUSATPEDOFILIA SEMAKIN PARAH

KERAJAAN PERLU BERTINDAK TEGAS
LINDUNGI ANAK BANGSA:
Srikandi KEADILAN Pusat melahirkan kebimbangan serius terhadap
peningkatan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak, khususnya melibatkan pedofilia digital yang semakin membimbangkan.
Terbaharu, negara digemparkan dengan penularan sebuah kumpulan media sosial yang melibatkan pelajar sekolah, dipercayai menjadi sasaran pemangsa seksual
dewasa yang menyebarkan kandungan berunsur eksploitasi. Laporan CyberSecurity Malaysia menunjukkan lebih 49,000 alamat IP dari Malaysia telah terlibat dengan bahan pornografi kanak-kanak pada tahun
2022 satu peningkatan ketara berbanding 9,000 alamat IP pada tahun 2019.
Angka ini cukup untuk membuktikan bahawa jenayah seksual dalam talian terhadap kanak-kanak semakin membarah dan memerlukan tindakan segera. Sehubungan itu, saya menyeru Kementerian Komunikasi dan Digital agar memperketat pengawasan terhadap platform media sosial dan aplikasi
perbualan, serta mempergiat kerjasama dengan pihak berkuasa seperti
PDRM dan MCMC untuk menjejaki serta mendakwa pelaku yang terlibat. Saya juga menggesa agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberikan penumpuan yang serius terhadap isu ini.
Akhir sekali, saya menyeru semua pihak berganding bahu dalam usaha
melindungi anak-anak kita daripada kerakusan yang semakin meracuni ruang
digital negara kita.
Nurhidayah Che Rose
Ketua Srikandi KEADILAN Pusat
12 JUN 2025





