Tahniah petarung muda saudara V Yilamaran.
- 6 MEI 2022 – Dalam kesibukan negara Malaysia meraikan Hari Kemenangan Syawal untuk tahun ini, Negara kita dihadiahkan satu pingat Perak oleh seorang atlet karate pekak saudara V
Yilamaran Vispalingam. - V Yilamaran Vispalingam merupakan petarung muda dan juga negara didalam acara
karate pekak dan beliau hari ini telah meraih satu pingat perak temasya Sukan
Deaflympic ke-24 di Caxias do Sul, Brazil, semalam. - Dalam acara karate yang telah berlangsung semalam, beliau berjaya menewaskan
pesaing tuan rumah Sergio Garcia, Avi Bokler dari Israel, dan Abdolghafour Ebhahim
dari Iran dalam laluan ke peringkat akhir melawan Makhno Oleksanr. - Beliau juga telah berjaya membawa pulang pingat gangsa pertama Malaysia pada
Kejohanan Karate Pekak Dunia 2021 yang berlangsung di Tehran, Iran. - PEJUANG Muda Malaysia merakamkan setinggi ucapan tahniah buat Petarung Muda
karate pekak saudara V Yilamaran Vispalingam diatas pencapaian yang telah
mengharumkan nama tanah air kita dipersada dunia. - Akhir kata, PEJUANG Muda mendoakan semoga saudara V Yilamaran terus maju dan
mencapai kejayaan yang besar dalam sukan karate ini dalam temasya sukan akan
datang.