Kanada keluarkan amaran perjalanan berkaitan cacar monyet

  • June 8, 2022
  • 1 min read
Kanada keluarkan amaran perjalanan berkaitan cacar monyet

OTTAWA: Kanada menasihatkan pengembara dari lebih 24 negara termasuk Australia, Britain dan Amerika Syarikat (AS) supaya berjaga-jaga serta memberi amaran menangguhkan perjalanan pulang ke tanah air sekiranya sudah dijangkiti cacar monyet.

Notis tahap dua yang dikeluarkan oleh Agensi Kesihatan Awam Kanada semalam menyatakan, pelawat mungkin tertakluk kepada prosedur untuk mengehadkan penularan wabak berkenaan.

“Antara prosedur itu termasuk menjalani tempoh pengasingan sekiranya mereka dijangkiti,” menurut notis berkenaan.

Kanada sudah mengesahkan 81 kes jangkitan dan kebanyakannya dikesan di wilayah Quebec iaitu wilayah kedua paling padat penduduk.

Sekitar 30 negara melaporkan penularan cacar monyet, dengan lebih 911 kes yang disahkan atau disyaki penyakit itu dan kebanyakan kes dikesan di Eropah. – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *