“Tak Simpan Dendam, Tak Ambil Harta Negara – Anwar Ibrahim Jadi PM Paling ‘Rare’ – Yayasan Global Mesra

KUALA LUMPUR, 8 Sept — “Perdana Menteri kita Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai pemimpin yang berjiwa besar kerana tidak pernah berdendam atau memilih bulu dalam membantu rakyat, meskipun berdepan pelbagai tohmahan dan cabaran politik” menurut Datuk Seri Salim Abdul Rahman beliau menyandang jawatan sebagai Presiden di Yayasan Global Mesra.

Beliau di temui pemberita ketika sesi podcast yang berlangsung sempena Hari Malaysia,jelas beliau lagi Anwar tetap konsisten memperjuangkan nasib rakyat susah, termasuk nelayan dan sektor pertanian, dengan menyalurkan peruntukan besar tanpa mengira negeri sama ada ditadbir kerajaan perpaduan atau pembangkang.
“Beliau tidak pernah membezakan negeri pembangkang atau kerajaan. Bagi Perdana Menteri, semua rakyat adalah anak bangsa Malaysia yang perlu dibantu, sama ada di Kelantan, Terengganu atau Kedah,” katanya.
Beliau turut menegaskan, jika Perdana Menteri mahu menggunakan kuasa untuk menekan lawan politik seperti yang berlaku pada era terdahulu, perkara itu boleh dilakukan. Namun, Anwar memilih untuk menumpukan usaha memulihkan negara, terutama dari segi ekonomi.
Ekonomi semakin pulih
Ucapan itu turut menyentuh prestasi Ringgit yang menunjukkan peningkatan sejak Anwar mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri.
“Sebelum beliau dilantik, nilai Ringgit pernah mencecah RM4.78 berbanding dolar AS. Hari ini nilainya sudah naik semula sekitar RM4.15. Ini bukti keyakinan dunia kepada kepimpinan beliau, malah ramai pemimpin luar negara memanggil beliau untuk mendapatkan nasihat ekonomi,” ujarnya.
Sokongan generasi muda amat penting
Menariknya pengaruh Anwar semakin kuat dalam kalangan generasi muda hingga “Saya terkejut bila melihat kanak-kanak berusia 11 hingga 14 tahun sudah mengenali Perdana Menteri mereka. Ini menunjukkan masa depan anak muda kita lebih cerah kerana mereka melihat contoh pemimpin yang berintegriti,” katanya lagi.
Pemimpin sederhana, keluarga bebas skandal
Menurutnya lagi, Anwar Ibrahim seorang pemimpin sederhana yang tidak mengambil kesempatan atas jawatan.
“Beliau pernah berkata, cukup dengan gaji Perdana Menteri. Keluarganya tidak ambil harta negara. Kalau mahu disemak, memang tiada skandal kekayaan keluarga yang melibatkan harta rakyat,” katanya.
Pemimpin berjiwa rakyat
Dalam tempoh hampir tiga tahun memegang jawatan Perdana Menteri, Anwar dilihat berjaya mengekalkan kestabilan politik, memacu pertumbuhan ekonomi, serta memperkukuh semangat perpaduan rakyat.
Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu menjadi bukti rakyat masih bersama beliau, meskipun ada cubaan pihak tertentu mahu menggugat perpaduan dengan isu bendera terbalik dan propaganda berbayar di media sosial.
>“Walaupun beliau pernah digelar banduan, kini beliau diangkat menjadi Perdana Menteri. Semua ini sudah tersusun oleh Allah. Inilah pemimpin yang harus kita pertahankan demi masa depan negara,” tambahnya.
Anwar Ibrahim Pemimpin Tanpa Dendam, Fokus Bela Rakyat – Sokongan Rakyat Terus Kukuh