Tandak Lebaran daripada Haziq AF4 dan Cikgu Meera

  • June 6, 2022
  • 2 min read
Tandak Lebaran daripada Haziq AF4 dan Cikgu Meera

KUALA LUMPUR: Lagu ‘’Tandak Lebaran’’ ini merupakan ciptaan Fauzi Mohammad, juga merupakan seorang pemuzik hebat dari Negeri Melaka. Beliau bertugas di Briged Seni Melaka sebagai pemusik. Dengan kebolehan bermain berbagai alat muzik, beliau mengunakan kesempatan itu untuk mencipta lagu berirama tradisional melayu. Selain lagu Tandak Lebaran , Fauzi Mohamad juga adalah komposer bagi lagu lain iaitu SENANDUNG ANAK MELAKA (Yasser Fikri) dan juga TAMBATAN JIWA  (Khaliza Putri / Nabila).

Manakala tugasan menulis lirik disempurnakan oleh Siso Kopratasa yang merupakan seorang penulis lirik terkenal , Siso seperti kita semua tahu banyak menulis lirik lagu raya. Menurut Siso , lirik lagu raya Tandak Lebaran ini agak lain sedikit olahannya. Ini kerana Siso telah memasukkan suasana pendemik , endemic dan ekonomi semasa dalam penceritaannya. Terdapat juga unsur nasihat secara am untuk kita semua bagi menyambut hari raya tahun ini.

Selain mempunyai single raya terkininya yang bertajuk Tandak Lebaran , Haziq giat membuat persembahan – persembahan di luar seperti Majlis Makan Malam , dan Majlis Persandingan . Beliau juga memaklumkan aktif membuat video di Tiktok kerana di situ masih ada yang meminati irama tradisional . 

Haziq AF4 atau Hazwan Haziq Rosebi , 34 dikatakan bagai kembar seiras dengan Allahyarham Datuk Ahmad Jais kerana daripada segi vokalnya. Bakat dan kebolehan Haziq, dahulunya telah melayakkan beliau menjadi seorang daripada 12 pelajar AF4. 

Untuk meneruskan karier beliau , pihak produksi telah memilih Haziq sebagai penyanyi bagi sebuah lagu raya aidilfitri bertajuk Tandak Lebaran. Ini bagi memeriahkan sambutan hari raya tahun 2022 , setelah 2 tahun menghadapi pandemic covid-19. 

Selain mempunyai single raya terkininya yang bertajuk Tandak Lebaran , Haziq giat membuat persembahan – persembahan di luar seperti Majlis Makan Malam , dan Majlis Persandingan . Beliau juga memaklumkan aktif membuat video di Tiktok kerana di situ masih ada yang meminati irama tradisional .  

Nyanyian Haziq turut diperindahkan lagi oleh guru seni muzik di sebuah sekolah utara Malaysia iaitu Cikgu Merra atau lebih mesra dengan panggilan Meera. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *