Misi Kumpul 200 Pek Diapers Demi Anak-Anak Kanser — Orang Ramai Dijemput Menyokong

  • November 28, 2025
  • 2 min read
Misi Kumpul 200 Pek Diapers Demi Anak-Anak Kanser — Orang Ramai Dijemput Menyokong

Shah Alam, 26 November 2025 – Adina Charity Circle dengan kerjasama Persatuan Peniaga-Peniaga Kompleks PKNS Shah Alam dan AlKhair Malaysia melancarkan kempen kebajikan “Diapers Donation Drive”, sebuah inisiatif bagi mengumpulkan 200 pek lampin pakai buang untuk membantu kanak-kanak pesakit kanser di seluruh negara.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Nazmi Ab Talib, Pengarah Strategi & Perniagaan Koperasi Guru Besar Selangor Berhad. Turut hadir memberi sokongan ialah selebriti tanah air Putra Amaris, wakil AlKhair Malaysia Puan Nuraishah Zaidi, serta Yang Dipertua Persatuan Peniaga-Peniaga Kompleks PKNS Shah Alam, Puan Latifah Jalil.

Kempen ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai keperluan asas yang ditanggung keluarga anak-anak kanser, khususnya dalam menyediakan lampin pakai buang yang menjadi perbelanjaan harian dan berterusan.

Kempen Berlangsung 1–14 Disember 2025

📍 Pentas Utama, Kompleks PKNS Shah Alam

⏰ 10 pagi – 8 malam setiap hari

🎯 Sasaran Kutipan: 200 pek diapers pelbagai saiz & jenis

Pengerusi Adina Charity Circle, Puan Nurdieana Mohd Mardzi, berkata kempen ini merupakan usaha berterusan bagi memastikan kanak-kanak kanser menerima bantuan yang sesuai dengan keperluan harian mereka.

YBhg Dato’ Nazmi Ab Talib turut menyatakan:Menyokong

> “Misi Kumpul 200 Pek Misi Kumpul 200 Pek Diapers Demi Anak-Anak Kanser — Orang Ramai Dijemput Menyokong Demi Anak-Anak Kanser — Orang Ramai Dijemput Menyokong

Adina Charity Circle turut menghargai sokongan daripada rakan kerjasama termasuk AlKhair Malaysia, Kompleks PKNS Shah Alam, Cinta Gaza Malaysia, Ajwa Bakery, Pertubuhan KAB, Biofitrah, Grads, Rumah Ngaji Mekah, The Charms Team serta Kumpulan Ibu Bapa & Sokongan Anak-anak Kanser (KIDS).

Kempen ini juga dijangka dijadikan acara tahunan sebagai komitmen untuk membantu lebih ramai keluarga pesakit kanser pada masa akan datang.

Acara Kemuncak – 14 Disember 2025

Acara penutup kempen ini akan berlangsung di Kompleks PKNS Shah Alam sempena program “Raikan Kasih Adina AlKhair” bersama anak-anak kanser.

Antara pengisian utama:

Aktiviti interaktif bersama kanak-kanak

Sudut “Wishing Card” untuk titipan doa & sokongan

Sesi perkongsian oleh Ustaz Don Daniyal

Serahan lampin pakai buang & susu bernutrisi

Pengumuman jumlah rasmi kutipan diapers

Persembahan selebriti

Penyampaian penghargaan kepada rakan kerjasama & penaja

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara sambil menyokong usaha kebajikan ini.

Maklumat Sumbangan

Nama Program: Diapers Donation Drive

Tarikh: 1–14 Disember 2025

Masa: 10 pagi – 8 malam

Lokasi: Pentas Utama, Kompleks PKNS Shah Alam

Sasaran: 200 pek diapers

Selain membawa diapers, orang ramai juga boleh melakukan sumbangan kewangan:

💳 Nama Akaun: Pertubuhan Kebajikan Adina

🏦 Bank: CIMB Islamic

🔢 No. Akaun: 8605 7494 60

Semua sumbangan akan disalurkan sepenuhnya kepada kanak-kanak kanser dan golongan memerlukan.

Hubungi

Adina Charity Circle

📱 FB / IG / Threads / X / TikTok / YouTube: @adinacharitycircle

📧 adina.charitycircle@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *