Northern Festival Of Speed 2025 Dijangka Raih 70,000 Pengunjung – Karnival Automotif Terbesar Utara Tanah Air

  • October 4, 2025
  • 3 min read
Northern Festival Of Speed 2025 Dijangka Raih 70,000 Pengunjung – Karnival Automotif Terbesar Utara Tanah Air

KUALA LUMPUR, 4 Oktober 2025 — Buat julung kalinya, peminat arena permotoran di utara tanah air bakal digegarkan dengan penganjuran karnival automotif terbesar, Northern Festival Of Speed (NFOS) 2025, anjuran Northern Speedo & Choii Motorsports dengan kerjasama penuh PMH (Perniagaan Mazlan & Hashimah) sebagai penaja utama serta sokongan daripada pelbagai rakan penaja industri.

Acara yang berlangsung selama tiga hari, 3 hingga 5 Oktober 2025 di PICCA Butterworth, Pulau Pinang, menjanjikan pengalaman luar biasa kepada pengunjung dengan gabungan pameran gaya hidup, automotif, hiburan dan aktiviti kekeluargaan di bawah satu bumbung.

Ketua Pegawai Eksekutif PMH, Izwan Mazlan, berkata pihaknya berbesar hati menjadi penaja utama NFOS 2025 sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan industri automotif tempatan serta inisiatif anak muda dalam memperkukuh minat rakyat terhadap bidang ini.

“Kami sanggup berbelanja besar untuk menjadi penaja untuk menjayakan aktiviti automotif yang bermanfaat ini dan dalam masa kami memang menyokong program anak muda serta merakyatkan program sebegini kepada semua golongan masyarakat yang meminati bidang automotif, kereta sekali gus akan memupuk minat kepada semua generasi, memberi peluang buat mereka menikmati pengalaman baharu melihat koleksi kereta-kereta yang “rare”, menarik yang datang dari pelbagai negara ini secara eksklusif”.

Selain itu, PMH juga turut membuka booth pameran dan jualan kereta-kereta import recond (terpakai) dari luar negara. PMH Motor juga membawakan kepada anda, motosikal elektrik (EV) keluaran pengilang bumiputera iaitu model LION G1 GGR EV yang sedang melonjak naik permintaannya di tapak pameran di Picca, Butterworth.

“Pengunjung berpeluang mencuba sendiri motosikal EV di tapak pameran. PMH dan GGR komited menyokong saranan kerajaan untuk memperluaskan penggunaan kenderaan elektrik yang mesra alam, berteknologi tinggi dan menjimatkan,” ujarnya lagi.

Menurut Izwan, Northern Festival Of Speed 2025 turut menjadi medan bagi PMH dan GGR memperkukuh visi ‘Go Green Revolution’ seiring matlamat kerajaan ke arah mobiliti hijau dan teknologi automotif masa depan.

Acara ini turut menampilkan barisan pempengaruh dan ikon permotoran popular seperti Motor Maniac, Uncle Shah, Nim 199, Retro Havoc, Alie Kuoppa, Abe Mey Sarman Printing, Narock, Bateriku, ESR dan ramai lagi. Kehadiran peminat dari Thailand dan Singapura juga dijangka memeriahkan suasana.

Menariknya, NFOS 2025 turut menawarkan cabutan bertuah terbesar tahun ini, dengan hadiah utama berupa tiga buah kereta mewah — sebuah Mercedes A-Class (Unregister) bernilai RM200,000, serta Nissan 350Z dan Honda Civic FD untuk pemenang bertuah.

“Dengan tiket masuk hanya RM15, pengunjung bukan sahaja dapat menikmati pelbagai aktiviti seperti limbo stance, 2 step competition, taxi drift, demo drift, car show, booth jualan merchandise dan games, malah berpeluang menyaksikan konsert artis terkenal seperti XPDC, Cherpen, 53 Universe, K.O.I dan ramai lagi,” jelasnya.

Menurut penganjur, Faris Azri (Choii Motorsports) dan Muhammad Hadzimi (Northern Speedo), acara tiga hari ini dijangka menarik lebih 70,000 pengunjung ke Pulau Pinang dan menjadi platform terbesar komuniti automotif Malaysia bersatu di utara tanah air.

“Kami mahu NFOS menjadi simbol kebanggaan peminat automotif tempatan serta pemangkin kepada pembangunan industri ini di rantau utara Malaysia,” kata mereka.

Festival bermula setiap hari dari 12 tengah hari hingga 12 tengah malam, dengan kemuncak acara dan pengumuman pemenang utama cabutan bertuah pada malam Ahad, 5 Oktober 2025.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
📞 PMH (Perniagaan Mazlan & Hashimah)
Emel: [info@pmhmotors.com.my]
Instagram / Facebook: @pmhmotors
Alamat Tapak Acara: PICCA Butterworth, Pulau Pinang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *