PUTRAJAYA, 9 MAC 2026 – Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah
mengeluarkan kenyataan seperti berikut:
“Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Khamis, 19 Mac 2026 Masihi
bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah.”
2. Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat
anak bulan Syawal pada petang hari tersebut di tempat yang berikut:-
2.1. Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor;
2.2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara,
Melaka;
2.3. Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;
2.4. Baitul Hilal Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan;
2.5. Baitul Hilal Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan;
2.6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan;
2.7. Baitul Hilal Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah
Manjong, Perak Darul Ridzuan;
2.8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;
2.9. Stesen Cerapan Hilal Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah Darul
Aman;
2.10. Stesen Cerapan Hilal Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah
Darul Aman;
2.11. Menara Alor Setar, Kedah Darul Aman;
2.12. Stesen Cerapan Hilal Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;
2.13. Stesen Cerapan Hilal Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;
2.14. Stesen Cerapan Hilal Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;
2.15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;
2.16. Stesen Cerapan Hilal Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan;
2.17. Stesen Cerapan Hilal Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur,
Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan;
2.18. Stesen Cerapan Hilal Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra
Semerak, Kota Bharu, Kelantan;
2.19. Pusat Falak Miri, Esplanade Luak, Miri, Sarawak;
2.20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;
2.21. Pusat Falak Bintulu, Sarawak;
2.22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;
2.23. Tapak Cerapan Hilal Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;
2.24. Stesen Cerapan Hilal Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Pahang;
2.25. Menara 188, Kuantan Pahang;
2.26. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;
2.27. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur;
2.28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya; dan
2.29. Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis
3. Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan Tarikh Awal
Syawal adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
4. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga
Tarikh Awal Syawal yang ditetapkan melalui Radio dan Televisyen.



