3 April 2026- Hari pertama Program MADANI Rakyat (PMR) Perak 2026 membuka tirainya bagi membolehkan pengunjung mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan secara terus dan mesra rakyat.
RELA Negeri Perak telah membuka perkhidmatan menggunting rambut PERCUMA kepada pengunjung pelbagai lapisan umur, sebagai salah satu pendekatan khidmat bakti RELA yang lebih dekat dengan rakyat.

RELA Negeri Perak juga turut mengadakan pendaftaran ahli baharu RELA yang boleh dibuat melalui sistem MyRELA.
Program MADANI Rakyat 2026 Perak telah bermula mulai hari ini sehingga 5 April 2026 (Ahad).
Rakyat Perak dan sekitarnya, jangan lepaskan peluang ini. Datanglah beramai-ramai dan manfaatkan perkhidmatan yang disediakan khas untuk anda mulai 9.00 pagi!



