RM1,899 Dah Boleh Ke Hainan! Freeport, Makan Laici Puas, Destinasi Mesra Muslim Paling Meyakinkan Oleh Orange Leisure Sdn Bhd

KUALA LUMPUR, 2026 – Cuba anda Google destinasi pelancongan terkini Pulau Hainan, China. Menarikkan?

Pulau ini semakin menjadi tumpuan tarikan pelancong Muslim dari Malaysia apabila Orange Leisure Sdn Bhd memperkenalkan pakej destinasi serba lengkap, murah dan meyakinkan.

Pulau yang menggabungkan keindahan tropika, pengalaman membeli-belah bebas cukai serta pakej percutian mampu milik.


MATTA FAIR 2026 yang masih berlangsung hari ini selama 3 hari di MITEC, Kuala Lumpur mendapat sambutan hangat dan syarikat Orange Leisure Sdn bhd tidak melepaskan peluang untuk turut bersama menjayakannya, booth mereka berada di Level 2 no. 2Q25. (masuk pintu 8 di sebelah belakang). Gabungan keindahan pantai tropika, status bebas cukai, pengalaman bermusim serta kemudahan mesra Muslim menjadikan Hainan sebagai destinasi masa depan yang berpotensi besar dalam pasaran pelancongan Malaysia.

“Kami percaya Hainan akan menjadi destinasi ‘hot selling’, terutama pada musim tertentu seperti musim laici.

ORANGE LEISURE SDN BHD
019 3381418

Dalam usaha untuk meyakinkan pakej pelancongan ini kerjasama erat dari Hainan Kangtai Travel terjalin, wakil dari mereka turun padang Mr. Panda, yang merupakan Inbound Center Sales Specialist hadir bersama untuk berkongsi bercerita pengalaman pulau yang hebat ini.

Beliau banyak berkongsi cerita hebat dan pengalaman berbeza berbanding destinasi lain di China, khususnya dari segi keselamatan dan suasana santai sepanjang tahun.

Mr Panda sangat sporting Mesra Wakil istimewa dari China

“Hainan adalah sebuah tempat yang sangat berbeza di seluruh China. Ia merupakan destinasi pelancongan tropika yang selesa dan selamat, termasuk ketika musim panas,” katanya dalam sesi bersama rakan media

Jimmy Goh

Sementara itu, Managing Director, Orange Leisure Sdn Bhd, Jimmy Goh menjelaskan bahawa kelebihan utama Hainan terletak pada statusnya sebagai zon perdagangan bebas atau freeport, yang membolehkan pelancong menikmati harga barangan lebih kompetitif berbanding destinasi lain.

“Hainan adalah satu-satunya pulau di China yang mempunyai status freeport, menjadikannya sangat menarik dari segi harga barangan dan pengalaman membeli-belah,” katanya.

Selain itu, Hainan turut menawarkan pengalaman unik menerusi musim buah laici (lychee season) yang berlangsung sekitar Mei hingga Jun setiap tahun, di mana pelancong berpeluang menikmati buah segar terus dari ladang.

Kunjungan Deligasi VIP dari China

Menurut Jimmy Goh, pelancong boleh menyertai pakej khas yang membawa mereka ke ladang laici dan menikmati buah tersebut tanpa had di lokasi.

“Pelancong boleh makan laici sepuasnya di ladang. Jika mahu bawa pulang, hanya perlu bayar berdasarkan jumlah yang diambil,” jelasnya.

Dalam masa sama, bandar Sanya turut diketengahkan sebagai destinasi mesra Muslim yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk restoran halal, hotel mesra Muslim serta kemudahan ibadah.

Menurut Mr. Panda, terdapat kira-kira enam masjid di Sanya serta lebih 10,000 komuniti Muslim yang menetap di kawasan tersebut, sekali gus memberikan keselesaan kepada pelancong Muslim.

Dari segi kos, pakej pelancongan ke Hainan ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan, bermula serendah RM1,899, termasuk pelbagai aktiviti dan pengalaman menarik.

Menurut Jimmy Goh, harga tersebut menjadikan Hainan antara destinasi paling berbaloi untuk pelancong Malaysia yang ingin menikmati percutian unik tanpa kos yang tinggi.

Gabungan keindahan pantai tropika, status bebas cukai, pengalaman bermusim serta kemudahan mesra Muslim menjadikan Hainan sebagai destinasi masa depan yang berpotensi besar dalam pasaran pelancongan Malaysia.

“Kami percaya Hainan akan menjadi destinasi ‘hot selling’, terutama pada musim tertentu seperti musim laici. Ini adalah peluang terbaik untuk pelancong merasai pengalaman berbeza,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan pakej pelancongan ke Hainan, hubungi:
Orange Leisure Sdn Bhd
43000 Kajang, Selangor, Malaysia
Phone: +603-8734 2168
Email: info@orangeleisure.com
Website: www.orangeleisure.com⁠�
(No. Syarikat: 1237584-T | KPK/LN: 9156) – UTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *