Selamat Jalan, Pengukir Pantun Berita: Datuk Karam Singh Walia Meninggalkan Legasi Abadi

PETALING JAYA – Satu lagi suara ikonik dalam sejarah penyiaran tanah air kembali ke rahmatullah. Datuk Karam Singh Walia, wartawan legenda yang sinonim dengan pantun penutup berita, telah pergi meninggalkan jutaan kenangan buat peminat setia Buletin TV3.

Menurut Fahmi Fadzil Menteri Komunikasi dipetik dari FB beliau, Bagi mereka yang membesar dengan siaran berita era 90-an hingga 2014, nama Karam Singh adalah tidak asing. Bukan sekadar penyampaian berita, tetapi gaya tersendiri yang mewarnai setiap segmen – terutamanya bait-bait pantun yang menjadi penutup. Satu identiti yang kekal terukir dalam ingatan.

“Saya antara yang setia mengikuti laporan beliau,” luah seorang kenalan yang menghargai dedikasi serta sumbangan beliau kepada dunia kewartawanan negara.

Pemergian mendiang meninggalkan lompang besar, bukan hanya kepada keluarga tetapi seluruh industri. Takziah diucapkan kepada adik mendiang, saudara Jasbant Singh, selaku Pengarang Urusan Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima, serta seluruh ahli keluarga.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan yang beriman.

Rest in peace, Datuk. Pantunmu akan terus bersiaran dalam kenangan kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *