MPKK Kemuka 4 Cadangan Strategik Perkasa Koperasi Hadapi Krisis Bekalan Global

KUALA LUMPUR – Gerakan koperasi negara terus diperkasa apabila Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) mengemukakan empat cadangan utama bagi membantu rakyat berdepan cabaran krisis bekalan global susulan ketidaktentuan ekonomi dan konflik antarabangsa.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick itu memberi fokus kepada usaha memperkukuh peranan koperasi dalam sektor ekonomi, logistik, runcit dan keusahawanan komuniti.Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah pengurusan tertinggi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), wakil kerajaan negeri, akademik dan pemain industri koperasi.

Subsidi Diesel & Petrol Untuk Operasi KoperasiCadangan pertama melibatkan peluasan penggunaan diesel dan petrol bersubsidi kepada koperasi bagi menyokong operasi penting seperti logistik, pengangkutan dan aktiviti ekonomi luar bandar.Antara kenderaan yang dicadangkan layak menerima subsidi termasuk:

trak pikap logistik dan penghantaranpenjana kuasa (genset) di kawasan luar bandarbot penumpang bagi pengangkutan airLangkah itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 300 kenderaan milik koperasi di seluruh negara serta membantu mengekalkan harga barangan dan perkhidmatan kepada pengguna.CoopMart Diperluas Dalam Program SARAMPKK turut mencadangkan peluasan penglibatan CoopMart dalam Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi memudahkan rakyat membeli barangan keperluan menggunakan kad pengenalan di kedai koperasi.

Ketika ini hampir 240 koperasi telah terlibat dalam program berkenaan dan sasaran baharu ialah menambah 500 lagi koperasi ke dalam rangkaian tersebut.Langkah ini bukan sahaja membantu pengguna, malah meningkatkan jualan dan daya saing koperasi tempatan.

Pelajar Sekolah Dididik Asas PerniagaanCadangan ketiga memberi tumpuan kepada pelaksanaan program Business School in School bagi mendedahkan pelajar sekolah menengah kepada asas keusahawanan dan pengurusan koperasi sejak awal.Kini hampir 70 peratus daripada 2,623 CoopMart sekolah aktif beroperasi, dengan penglibatan pelajar turut diiktiraf dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).Peserta program juga akan menerima pensijilan khas daripada Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM).

Koperasi Jadi ‘Collection Point’ ShopeeDalam usaha memperluaskan ekonomi digital, MPKK mencadangkan koperasi dijadikan pusat pengumpulan (self collection point) bagi platform e-dagang seperti Shopee.Sebanyak 100 premis koperasi disasarkan menyertai inisiatif itu tahun ini, dengan 25 premis telah mula beroperasi manakala selebihnya dalam proses saringan.Inisiatif ini dijangka membuka sumber pendapatan tambahan kepada koperasi melalui kutipan bungkusan dan peningkatan trafik pelanggan.

MoU Strategik Perkukuh Sektor Tenaga & SawitDalam perkembangan sama, SKM turut memeterai tiga Memorandum Persefahaman (MoU) bersama:Smart Stream Resources Sdn Bhd (SMART)Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol)Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)Kerjasama itu bertujuan memperkukuh penglibatan koperasi dalam sektor tenaga dan industri sawit.Selain itu, memorandum bersama INCEIF University dan ISRA Institute turut dimeterai bagi memperkukuh tadbir urus koperasi patuh syariah melalui kerangka i-CORES.Gerakan Koperasi Terus KukuhSehingga 31 Disember 2025, Malaysia merekodkan sebanyak 16,468 koperasi berdaftar dengan keanggotaan lebih 7.3 juta orang.

Gerakan koperasi negara juga mencatatkan aset bernilai RM186.7 bilion dan perolehan sebanyak RM81.63 bilion, membuktikan peranan besar koperasi dalam memacu ekonomi rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *