Seramai 50 nelayan di pantai timur dan barat Semenanjung Malaysia akan terlibat dalam program rintis percuma untuk menguji Afli, sebuah aplikasi yang beroperasi di telefon bimbit nelayan, beroperasi secara luar talian di laut, dilengkapi dengan ciri perancangan perjalanan, amaran lewat kembali dan ciri SOS yang sedang dibangunkan, tertakluk kepada penilaian.
KUALA LUMPUR, 14 OKTOBER 2026 – Supratechnic (M) Sdn Bhd
(“Supratechnic”), anak syarikat milik penuh Supratechnic Pte. Ltd. dan ahli USP
Group Ltd. (SGX: BRS) (“USP Group”), hari ini menandatangani Perjanjian Kerjasama
bersama syarikat teknologi perikanan dari Iceland, GreenFish hf. (“GreenFish”)
untuk memperkenalkan Afli, sebuah aplikasi perikanan berasaskan kecerdasan
buatan (AI) bagi nelayan berskala kecil di Malaysia, Singapura dan Indonesia.


Di bawah perjanjian tersebut, Supratechnic (M) Sdn Bhd dilantik menjadi pengedar
eksklusif Afli, yang dibangunkan oleh GreenFish di Malaysia, Singapura dan Indonesia. SuprAI Capital Pte. Ltd. (“SuprAI Capital”), salah sebuah syarikat dalam USP Group, akan meneraju arah Kumpulan bagi Afli dan bekerja dengan GreenFish dalam
penyetempatan, program perintis dan pembangunan ciri baharu.
Supratechnic memasarkan dan menjual aplikasi tersebut serta menyokong nelayan melalui rangkaian cawangannya. Afli menggabungkan AI, pemantau satelit dan data oseanografi bagi menandakan kawasan di mana ikan akan lebih ditemui dengan ramalan yang dikemas kini sekurang- kurangnya setiap enam jam. Setiap kawasan yang ditandakan mempunyai penjelasannya tersendiri, membolehkan nelayan membuat perbandingan di antara ramalan yang diberikan dengan pengalaman masing-masing. Ramalan akan disimpan
dalam telefon bimbit bagi kegunaan di laut, di luar kawasan liputan rangkaian. Aplikasi
tersebut akan menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris manakala Bahasa Cina Ringkas (Simplified Chinese) akan ditambah sebelum pelancaran komersial dan disusuli dengan Bahasa Indonesia.


GreenFish dan Supratechnic juga sedang membangunkan ciri keselamatan perjalanan
bagi Afli termasuk perancangan perjalanan yang akan memberikan amaran kepada
kenalan terpilih mengenai kedudukan terakhir bot sekiranya nelayan berkenaan tidak memaklumkan kedudukan mereka dalam masa yang ditetapkan dan sebuah fungsi kecemasan (SOS). Kesemua fungsi ini sedang dibangunkan dan akan melalui
proses penilaian sebelum pelancaran.
Afli beroperasi dari rangkaian telefon bimbit
nelayan itu sendiri dan tidak mempunyai sebarang sambungan satelit. Data lokasi yang direkodkan di luar kawasan liputan akan dihantar sebaik sahaja rangkaian kembali tersedia. Afli bukanlah pengganti kepada peralatan keselamatan atau telekomunikasi.
Setiap nelayan akan memutuskan sendiri sama ada dan dengan siapa, lokasinya akan
dikongsi. Bagi nelayan pantai di Malaysia, bahan api, tenaga kerja dan masa merupakan kos operasi utama. Hasil tangkapan bagi setiap perjalanan tidak menentu dan jumlah kerja
yang perlu dilakukan bagi bot-bot kecil di luar kawasan liputan rangkaian. Menurut
Jabatan Perangkaan Malaysia, negara mencatatkan kira-kira 1.39 juta tan pendaratan ikan laut pada 2024, menunjukkan kepentingan sektor tersebut kepada bekalan makanan negara dan kelangsungan hidup komuniti pesisir pantai.



Afli dibangunkan bertujuan untuk melengkapi usaha negara dalam menyokong komuniti perikanan, sebagaimana yang dinyatakan dalam Belanjawan 2027 ketika
pembentangannya pada 9 Oktober lalu. Kerajaan telah memperuntukkan RM178 juta bagi usaha termasuk insentif penangkapan dan elaun sara hidup bulanan sehingga RM300 bagi setiap nelayan termasuk bantuan subsidi diesel berterusan bagi mereka yang layak. Selain perkara yang telah dinyatakan, sistem operasi yang lebih efisien dan penggunaan teknologi menawarkan pendekatan lebih praktikal dalam membina ketahanan ekonomi untuk jangka masa panjang dalam industri. Melvin Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Supratechnic / Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan USP Group, berkata:
“Setiap nelayan yang keluar ke laut sepatutnya boleh pulang ke rumah dengan selamat, dengan hasil tangkapan yang memuaskan. Bagi kebanyakan nelayan kita, setiap perjalanan membawa maksud mengeluarkan belanja untuk bahan api, masa dan tenaga tanpa mengetahui di mana ikan akan berada dan kebiasaannya bot-bot kecil berada luar kawasan rangkaian mudah alih. Afli meletakkan ramalan berasaskan AI pada telefon bimbit yang mereka bawa
bersama-sama pengetahuan yang telah terkumpul bergenerasi lamanya. Bersama
GreenFish, kami juga akan membangunkan ciri keselamatan perjalanan seperti amaran
kepada ahli keluarga di daratan sekiranya bot nelayan tidak pulang tepat pada masanya, yang mana ia akan diteliti sepenuhnya sebelum dilancarkan. Kami ingin, waima bot paling kecil akan mendapat manfaat dan kami akan bekerjasama dengan persatuan nelayan bagi menjayakannya.”
Baldur S. Blöndal, Ketua Pegawai Operasi GreenFish, berkata: “Kami telah lama ingin bekerjasama dengan nelayan di Malaysia. Kebanyakan mereka bekerja dari atas bot kecil, dalam keadaan yang sukar, jadi setiap perjalanan perlu diambil kira. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Supratechnic, rakan kongsi yang boleh dipercayai dan telah berkhidmat kepada komuniti ini melebihi empat dekad. Bersama-sama, kami akan membuktikan keberkesanan Afli di perairan tempatan termasuk ketika musim monsun sebelum menawarkannya dengan lebih meluas.
Apa yang kami berikan kepada nelayan mestilah berfungsi di lokasi penangkapan. Teknologi dan cara kami telah terbukti dengan efektif dalam penangkapan ikan berskala besar dan kami teruja untuk bekerja dengan pasukan Supratechnic untuk
menggunakan peralatan yang sama di kalangan nelayan Malaysia.” Supratechnic berhasrat untuk menjadikan Afli mampu milik bagi nelayan kecil, termasuk
nelayan dari golongan isi rumah B40.
Syarikat itu merancang untuk bekerjasama
dengan persatuan nelayan bagi langganan berkumpulan bagi ahli-ahli mereka supaya
setiap nelayan boleh menggunakan aplikasi berkenaan di telefon bimbit masing-masing
tanpa perlu melabur dalam perkakasan khas. Kerjasama tersebut akan bermula dengan projek rintis membabitkan 50 orang nelayan yang dipilih daripada sekurang-kurangnya tiga cawangan Supratechnic di timur dan barat Semenanjung Malaysia. Ia akan dijalankan antara empat hingga enam bulan termasuk melibatkan musim monsun.
Program rintis itu akan mengukur ketepatan
ramalan berbanding lokasi penangkapan yang biasa dipilih oleh nelayan, termasuk
bahan api dan masa yang digunakan untuk mengesan ikan. Aplikasi rintis itu dijangka
akan disiapkan dalam tempoh 60 hari selepas perjanjian ditandatangani. Demonstrasi dan latihan amali akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia di cawangan Supratechnic.
Pelancaran komersial penuh akan dijalankan sebaik sahaja GreenFish
dan Supratechnic bersama-sama menyemak data perintis. Afli kemudiannya akan
ditawarkan kepada nelayan di seluruh Malaysia melalui cawangan Supratechnic di
Pulau Pinang, Sitiawan, Shah Alam, Muar, Kuala Terengganu, Kuantan dan Mersing, dan seterusnya di Singapura dan Indonesia.



